Sabtu, 31 Julai 2010

.:REALITI SEORANG HAMBA:.

Kita terlalu manjakan mata untuk tidur lama,
Namun malaskan diri untuk bertahajud kepada-Nya..


Kita terlalu manjakan badan dengan makan yang enak-enak skali,
Namun terlalu kedekut bila berdepan dengan rohani..


Kita terlalu manjakan mulut dengan berbual berborak tanpa ada had masa,
Namun terlalu bakhil untuk membaca Kalam-Nya walaupun satu potongan ayatnya..


Kita terlalu manjakan diri dengan membeli belah sesuka hati,
Namun terlalu berkira untuk disumbangkan ke Jalan Ilahi..


Kita terlalu ingin cantikkan diri dengan bersolek disana sini, 
Namun tak pernah sekali untuk 'cantikkan' dalaman rohani..


Kita terlalu bergantung harap pada insani, 
Namun jarang sekali bergantung harap pada Ilahi..


Kita terlalu menjaga pandangan insani, 
Namun sering melupakan pandangan dan kehendak Ilahi..


Kita banyak masa berbual dan bergurau senda, 
Namun sukar sekali untuk membaca KalamNya..


Kita seringkali melahap makanan jasmani yang enak sekali dirasa,
Namun jarang sekali menyempurnakan 'makanan rohani' walaupun hanya dengan ibadat biasa..


Sedarkah kita..
Sebenarnya untuk mendapatkan pahala itu terlalu mudah
Dan untuk mencari masalah dan dosa, memang terlalu payah.



Jumaat, 30 Julai 2010

.:C.I.N.T.A:.

Semilir angin yang menderu  kini tak lagi sesegar dulu,
Bayu yang menghembus sepoi kini tak lagi setenang dulu,
Tanah hatimu dijajah  musafir cinta dunia,
Datang membisik kata  dusta yang indah  gembira,
Datang menghampar hiasan  gemerlapan syurga  dunia,
Datang  mengendong  warisan  pusaka  dosa dan nista.

Kemawan  berarak lesu dalam lembayung senja nan merah,
Bersaksi atas tanah hati yang tenat menghambur darah,
Menangisi daerah jiwa yang tempang berpapah,
Gelombang jiwamu kini makin lelah,
Detak jantungmu kini makin lemah.

Bangkitlah!!
Sedarlah!!
Usah kau lemah!
Usah kau kalah!
Usah kau pasrah!
Kerna kau bukan diciptakan jadi hamba,
Hamba cinta dan hamba dunia,
Tapi kau  dicipta untuk jadi hamba,
Pada maghfirah dan redha-Nya..

Jangan binasa kau dek penangan si cinta
Kerna cinta bisa buat kau tuli dan buta..
Jangan binasa kau dek penangan si cinta
Kerna cinta bisa buat kau derita dan merana.

Isnin, 19 Julai 2010

.:ANDAI SETAKAT INI HAYATKU:.


Andai setakat ini hayatku,
Ampuni salah dan khilafku.

Andai setakat ini hayatku,
Jangan dijaja kisah burukku.

Andai setakat ini hayatku,
Teruskan amanat hidupku.

Andai setakat ini hayatku,
Pohon pelihara ayah dan ibu.

Andai setakat ini hayatku,
Doakan daku setiap waktu.

Andai setakat ini hayatku..
Andai setakat ini hayatku..

Ahad, 18 Julai 2010

.:FOR YOU AND FOR ME:.

Hahaha..sebenarnya tajuk lagu ini ialah Heal The World yang dinyanyikan oleh Michael Jackson.
Bila saya teringat Palestin saya teringat lagu ini.
Bila saya teringat lagu ini saya teringat Palestin.
Terima kasih kepada Voice of Ukhwah(VOU) yang memperkenalkan lagu ini kepada saya..
Terimalah lagu ini,Just for you and for  me..=)

Inilah VOU..Mungkin selepas ini mereka dah tak buat persembahan.Huhu


spoken:
Think about the generations and to say we want to make it a better
world for our children and our children's children. So that they know
it's a better world for them; and think if they can make it a better
place.


There's a place in your heart
And I know that it is love
And this place could be much
Brighter than tomorrow.
And if you really try
You'll find there's no need to cry
In this place you'll feel
There's no hurt or sorrow.
There are ways to get there
If you care enough for the living
Make a little space, make a better place.

Chorus:
Heal the world
Make it a better place
For you and for me and the entire human race
There are people dying
If you care enough for the living
Make a better place for
You and for me.


If you want to know why
There's a love that cannot lie
Love is strong
It only cares for joyful giving.
If we try we shall see
In this bliss we cannot feel
Fear or dread
We stop existing and start living
Then it feels that always
Love's enough for us growing
Make a better world, make a better world.

Chorus

Bridge:
And the dream we would conceived in
Will reveal a joyful face
And the world we once believed in
Will shine again in grace
Then why do we keep strangling life
Wound this earth, crucify it's soul
Though it's plain to see, this world is heavenly
Be God's glow.


We could fly so high
Let our spirits never die
In my heart I feel
You are all my brothers
Create a world with no fear
Together we'll cry happy tears
See the nations turn
Their swords into plowshares
We could really get there
If you cared enough for the living
Make a little space to make a better place.

Chorus

Refrain (2x)

There are people dying if you care enough for the living
Make a better place for you and for me.
There are people dying if you care enough for the living
Make a better place for you and for me.

You and for me / Make a better place
You and for me / Make a better place
You and for me / Make a better place
You and for me / Heal the world we live in
You and for me / Save it for our children
You and for me / Heal the world we live in
You and for me / Save it for our children
You and for me / Heal the world we live in
You and for me / Save it for our children
You and for me / Heal the world we live in
You and for me / Save it for our children

Oh ya..kenapa saya buat 'entry' menggunakan beberapa buah lagu?Sebab bagi saya lirik lagu juga adalah sebuih puisi yang indah cuma yang membezakannya dengan puisi ialah ia dinyanyikan dan bukan dideklamasikan.Saya cenderung untuk meminati lirik lagu dengan bait-bait kata yang indah dan mengusik hati selain melodi yang turut mengaluni untuk memperindah sesebuah lagu tersebut=)

Sabtu, 17 Julai 2010

.:MAAF TUK BERPISAH BY TASHIRU:.

Kau tahu tentang hatiku yang tak pernah bisa melupakanmu
Kau tahu tentang diriku yang selalu mengenangmu selamanya
Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Maafkanlah segala khilaf yang tlah kita terlewati
Tlah membawamu kedalam jalan yang melupakan tuhan
Kita memang harus berpisah
Tuk menjaga diri
Untuk kembali mngarungi hidup
Dalam ridho ilahi

Kutahu bahwa dirimu
Mendambakan kasih suci yang sejati
Kuyakin bahwa dirimu
Merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini kusadari Bahwa semua itu
Adalah salah, juga keliru
Akan membuat hati menjadi ternodai

Dan bila takdirnya kita bersama
Pastilah Allah akan menyatukan kita

Ahaaa..saya jumpa lagu ini di Facebook.Kumpulan baru mungkin.
Ayat yang mudah,terang dan jelas dalam bait-bait kata lagu ini.
Pasti anda yang membaca akan terus memahami.
Kenapa post lagu ini?
Biarlah rahsia..ekeke

Selasa, 13 Julai 2010

.:AKU TAK MAHU KAWAN DENGAN KAU:.

Tudung kau pendek,tudung aku labuh,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Baju kau singkat,baju aku panjang,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Seluar kau ketat,seluar aku longgar,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Kelakuan kau kasar,aku sopan dan lemah lembut,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Kau gelak kuat-kuat,aku gelak ayu,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Kawan-kawan kau tak baik macam kawan-kawan aku,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Kau kejap baik kejap tak baik,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Aku nampak kau macam tak istiqamah bila buat baik,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Kau selamba bergurau senda dengan rakan berlainan jenis,
Aku menjaga batas peraulan,
Aku tak mahu kawan dengan kau.

Apa lagi yang kau mahu ungkitkan tentang aku dan kau?
Apa lagi yang kau mahu bezakan antara aku dan kau?
Mari aku dendangkan pula tentang kau dan aku.

Kau punya sifat sempurna,
Kalaupun kau tak punya, aku masih mahu kawan dengan kau.

Kau punya peribadi mulia,
Kalaupun kau tak punya ,aku masih mahu kawan dengan kau.

Kau punya otak geliga,
Kalaupun kau tak punya ,aku masih mahu kawan dengan kau.

Kau punya keluarga kaya harta dan budi bahasa,
Kalupun kau tak punya ,aku masih mahu kawan dengan kau.

Kau punya sahabat indah budi cantik rupa,
Kalaupun kau tak punya,aku masih mahu kawan dengan kau.

Kau punya pangkat tinggi dan banyak berjasa,
Kalaupun kau tak punya,aku masih mahu kawan dengan kau.

Kau pandang aku sebelah mata,
Kalaupun kau pandang aku tanpa mata,aku masih mahu kawan dengan kau.

Kau sedar tak aku dan kau ini siapa?

KITA bukan siapa-siapa.
KITA datang entah dari mana-mana.
KITA tak punya apa-apa.
KITA akan mati bila-bila saja.

KAU sedar tak AKU tulis apa?
AKU tak tulis KAU atau AKU saja.
Tapi aku tulis KITA..

Isnin, 12 Julai 2010

.:BILA DAN MAKA:.

Bila rindu bertandang lagi,maka diamlah..

Bila hati terusik lagi,maka diamlah..

Bila jiwa berkocak lagi,maka diamlah..

Bila minda menggila lagi,maka diamlah..

Bila diam tak berfungsi,maka tidurlah…

[ini entry gila tika kebosanan melanda]

Sabtu, 10 Julai 2010

.:LOVE CHOOSES YOU:.



If you find yourself in love with someone, and that someone does not love you...
Be gentle to yourself, there is nothing wrong with you,but love just did not choose to rest in that someone's heart.

If you find someone in love with you and you cannot answer that love..feel honoured that love has came by and called on your door..
But gently refuse the feeling you cannot return, as love did not choose to settle in your heart.

If you find yourself in love with someone and the love return, it still can happen that love chooses to leave..
Do not try to reclaim it and d not assess any blame..let it go.
Despite the pain, there is a reason and meaning to this....You cannot choose love by yourself,LOVE CHOOSES YOU..

.:KALA BULAN PENUH:.

Kala bulan penuh..
Aku singkap tabir rindu
Kubisik pada pungguk
Patah kata penuh syahdu.

Kala bulan penuh..
Aku semai putik kasih
Kuhela dalam senda
Dalam kata penuh lirih.

Aku hidup atas dunia
Bukan untuk cari cinta
Cinta hamba,cinta manusia
Cinta lara,hati merana

Aku hidup kerna Dia
Titah janji pembela agama
Sedang sumpah kau persenda
Di hujung lidah kau berkata

Aku pembela atas bumi-Nya!!
Aku penjunjung semangat nabi-Nya!

Tapi kau terus noda
Hati sanubari kau goda

Kala bulan penuh..
Berjalanlah dikau dalam hatimu
Biar tersadung hayunan langkahmu
Kerna nanti baru kau tahu
Hidup tak semudah kata-katamu..

.:TAK MENGAPA:.

Tak mengapa nak jadi jahat,
Asal jahat mahu bertaubat.

Tak mengapa nak jadi jahat,
Asal Allah selalu kau ingat.

Tak mengapa nak jadi jahat,
Asal dosa tidak kaupahat(boleh ke buat jahat tak berdosa??)

Tak mengapa nak jadi jahat,
Bila rasa diri dah cukup hebat.

Tak mengapa nak jadi jahat,
Asal bertaubat sebelum ke liang lahad.

Selasa, 2 Februari 2010

.:BILA SAMPAI AJALMU IZINKAN AKU MENGALIRKAN AIRMATA:.



Subuh ini..
Seperti biasa aku bangun menunaikan solatku,menyembah Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

Suaranya kedengaran perlahan..seperti merintih..
Kusangka dia mungkin baru terjaga dari tidur..
Biarkanlah..kan kubelaimu seusai solatku nanti sayang..
Khusyuk aku dalam solatku..
Usai solat aku bertilawah..membasahkan lidah dengan zikrullah..
Qalb setenang air dikali..damaiku dalam senyum walau sejuk membaluti jasadi..

Teringat si dia yang nyenyak dalam tidurnya..
Lantas kaki kuhayun membawa botol di tangan..
Air kupanaskan seadanya
Ligat tangan membancuh susunya..
Aku berselawat riang
Tenang bersama sayangku disisi
Bagai bulan dan mentari
Hidupku tak lagi sepi

Balutannya kubuka perlahan
Suaranya tak lagi kedengaran
Nafasnya tercungap perlahan
Suara sayangku tak lagi nyaring kedengaran
Lemah di halkum menyambut panggilan..

"Sayang..bangun sayang..
Ibu dah buatkan susu
Sayang bangun minum susu dulu
Nanti sayang boleh tidur lagi..
Bangun ye sayang..
"petahku riang..

Ibuuuu...ibuuu..ibuuuuuuu...
Matanya merenung ku
Sayu...sayuuuu..
Hingga akhirnya sayang terkulai layu dalam pelukanku
Kali ini aku tidak setabah dulu
Airmata bukan lagi musuhku
Bak empangan butir cintaku menderu..laju..

"Sayang!Bangun sayang..
Sayang kenapa ni
Bangun sayang..Jangan tinggalkan ibu
Ibu dah buatkan sayang susu
Sayang laparkan..sayang nak susu
Mari ibu suapkan susu
Sayang bangun ye..
Bangun sayang!bangun.."


Botol disisi tergolek kaku
Sejuk jasadnya dalam pelukanku
Perlahan matanya tertutup kejap..
Tangan kecilnya terkulai sembab..
Terasa duniaku beransur gelap
Raungan dan tangisanku bersatu
Berlinang mutiara membasah pipiku
Aku tak lagi tabah
Aku tak lagi gagah..

"Sayang..sayang dah tinggalkan ibu ye?
Kenapa sayang tinggalkan ibu?
Sayang tak sayang ibu ye?
Ibu buat salah pada sayang?
Sayang..bangunlah..bangunlah..
Ibu belum puas bersamamu
Bangunglah sayang.."


"Ibu..daku pergi dulu
Bukan niatku tinggalkan ibu
Walau ini malam pertamaku dengan ibu
Aku bahagia bersama ibu
Selamat tinggal ibu..
Kan kunantimu di syurga nan satu..
Aku sayang ibu......."


Basah jasadnya dalam pelukanku..
Perit hatiku..
Luluh jiwaku..
Kubelai dia penuh sayang
Seakan tidak akan hilang
Lenalah dalam tidurmu sayang
Ibu senantiasa disisimu..

"Sayang ibu dah pergi dulu
Tunggu ibu di'sana' ya
Ibu kan datang bertemumu
Bersama kita kecap bahagia..
Sayang..dengar ibu dendangkan
Lagu rindu penuh syahdu
Selawat dan salam iringi lenamu
Moga kau tenang bertemu-Nya
Selamat jalan sayang...."



Sahabat..
Maafkan aku atas pemergiannya..Maafkan aku..maafkan aku..
Sungguh aku tak menyangka..

Ya Allah,
Terima kasihku pada-Mu
Aku berpeluang menjadi ibu
Walau cuma sekejap waktu
Izinkan kami bertemu
Pada hari akhirmu..

Al-Fatihah buat sayangku..BABY
Kau tetap dalam ingatan sayang
Walau berjuta jadi penggantimu
Kau tetap raja dihati ibu..
Kaulah permaisuri dan kau jua puteri..
Terima kasih sayang..................

Innalillahi wainna ilaihiroji'un...

Isnin, 1 Februari 2010

[......SEPI.....]


Malam tanpa mentari
Siang tanpa bintang

Mentari jiwaku..
Buat aku rasa rindu
Resah temani diri
Sendiri dalam desahku

Bulan..
jangan biar siang

Bintang..
jangan biar hilang..

Biar malam membalutku..S E P I....

p/s:mode= HOMESICK

Ahad, 31 Januari 2010

.:PERISTIWA DI SUBUH HARI:.

Nampaknya entry kali ini bukanlah sebuah sajak..tapi lebih be'ghupe' sebuah cerpen(yang ditulis mengikut sedap hati).AMARAN:kisah ini kisah benar.watak-watak dalam ini pun semua benar.Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka..SELAMAT MEMBACA

SREEEEEET....terdengar daun pintu kamarku dibuka....
"Urghh...Syafiqah datang nak kejut aku kot..kejap lagi dia dengan Syaira dah nak balik.Takpelah,pejam mata dulu.Tunggu dia datang gerak-gerak badan baru bangun..hehe,"bisik hati kecilku yang sedang keletihan kerana asyik berulang alik ke toilet sejak tengah malam..Maka teddybear yang gebu kupeluk seeratnya dengan sabar menunggu 'Syafikah' datang mengejutkan aku dari tidur pura-pura ini..


Kching
..Kching...bunyi keychain pemberian naqibahku pada telefon bimbitku yang kuletak berhampiran kepala kedengaran.Lantas hatiku terdetik,"kenapa Syafiqah pegang enset aku pula ni?Dia nak cari kunci kot..takpelah.Tunggu dia gerak tanya kunci kat mana."Seketika kemudian terdengar komputer riba kepunyaan Sue disisi dilipat.TAP!!dan kemudian wayarnya dikeluarkan."Ah sudah..Apa kes Syafiqah nak main enset dengan laptop orang ni??".Lalu pejaman mata dibuka.Hasrat hati mahu menegur Syafiqah,namun terkesima sebentar bila yang terpampang di pelupuk mata bukanlah Syafiqah tapi.....YA ALLAH!!dia sangat dekat.Sangat dekat denganku!Aku bingkas bangun dan duduk di atas katil sambil bertanya "Kamu siapa?!!Mau apa?!".Biasan cahaya lampu dari ruangtamu dan dapur membolehkan aku melihat wajahnya yang tidak memakai helmet mahupun sebarang penutup muka,dan kulihat telefon bimbit serta laptop sudah dalam genggamannya..haih~

Dengan selamba badaknya dia menjawab,"Kamu Dewi kan?".

"Bukan!Bukan!Saya bukan Dewi.Ga ada yang namaya Dewi disini."(mode ketika ini masih mamai dan bingung.Fikiran sangat positif ketika ini dengan menyangka dia betul2 tersalah rumah.GILOSS!!)

"Tapi tadi dibilang ini rumahnya Dewi.Cuba tanyain temen-temennya bener ga ada yang namanya Dewi disini?".

"Ga!!Ga ada yang namanya Dewi disini.Disini semua student Malaysia.Ga ada student Indonesia disini"

Selesai berkata-kata aku bingkas bangun menyalakan lampu kamar dan membuka pintu kamar seluas-luasnya.Aku berdiri di pintu kamarku mengharapkan tamu tak diundang itu segera keluar dari kamarku.Sempat kuintai ke ruangtamu andai ada sesiapa yang masih berjaga namun hampa...huhu~Lelaki asing itu masih di dalam bilik.Cuma dari duduk dia kini berdiri di tempat yang sama dengan telefon bimbit dan laptop masih di tangannya.Soalan yang sama diulang-ulang kepadaku dan aku menjawab ala kadar.Masih mamai mungkin..(ditambah rasa malu kerana berpakain tidur di hadapan seorang lelaki yang entah turun dari planet mana.huhu~)

Lama dia disitu sebelum dia menghampiriku di muka pintu kamarku.Pintanya masih sama untuk bertanya ke teman-temanku jika benar ga ada yang namanya Dewi dirumah itu(woit!walaupun aku mamai tapi aku tak pelupa lagilah.Takkan aku tak kenal housemate aku sendiri..BENGONG mu nih!!)Perasaan bingung menjadi rimas kerana diasak dengan soalan yang sama berulang kali.(Tak paham bahasa ke ko nih!!aku kate takde takde lah)aura-aura gaduh dah mula keluar dari diriku.Teringat step-step sparring taekwondoku yang dah lama aku tak praktikkan.Tapi memikirkan aku yang keseorangan,risau juga kalau mamat tu mengganas lalu kupendamkan saja hasrat 'murni'ku itu..'perbualan' jarak dekat kami yang lama membolehkan aku mengecam wajah si bedebah itu.

setelah lama bersoal jawab dipintu kamarku,lalu dia meletakkan laptop dan telefon bimbitku yang sedari tadi dalam genggamannya ke atas lantai(dan sedari tadi juga kujeling.aku tak kisah enset aku tapi aku kisah laptop Sue!!)dan dia mulai keluar melepasi pintu dapur yang ternganga seluas-luasnya.Kusangka dia akan terus keluar namun sangkaanku ternyata meleset.Dia masih setia menanyakan aku soalan yang sama sambil tangannya mengeluarkan telefon bimbit dan mula mendail nombor seseorang.Kulihat matanya sempat menjeling ke pintu pagar dapur berdekatan.Mungkin ada temannya yang menanti disitu.


"Hello Dewi.Kamu lagi dimana?Dibilangnya tadi rumah kamu disini.Owh,diatas lagi ya?ya..ya"


Talian diputuskan..(Konon2 la kan..Entah dia telefon sesiapa entah.Aku pun tidak tahu.Atau mungkin sekadar bercakap sendirian..ceit!!).Dengan tersenyum dia meminta maaf padaku..

"Maaf ya.Rumahnya Dewi di atas lagi rupanya.."


aku sekadar mengangguk.Tidak berani dekat,aku masih berdiri di hadapan pintu kamarku..Sebaik sahaja dia menjauhi pintu dapur,aku meluru dan mengunci pintu dapur serapatnya.Lalu aku masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik.Komputer riba dan telefon bimbit masih kubiarkan terdampar di atas lantai.Di sudut katil aku menangis.Baru terfikir kalaulah aku tak sedar tadi entah apa yang dia dah buat pada aku.Mungkin dia tak sekadar mencuri.Mungkin dia boleh buat "benda lain" jugak..kocoh-kocoh aku memeriksa badan sendiri.Mana tahu ada kesan yang ditinggalkan macam orang minyak selalu buat tu.Alhamdulillah,tiada apa yang ganjil..Bergegas ke meja study,aku mencari walletku.Alhamdulillah,masih tersimpan rapi..

Aku kembali ke sudut katil.Laptop dan telefon bimbit kubawa bersamaku.Mesejku hantar kepada seseorang mengkhabarkan berita buruk yang baru terjadi.Airmata terus mengalir.Tak tahu sebab apa..Perasaan bercampur baur.Rasa macam mimpi,takut,syukur,bingung semua ada..Lantas terfikir kamar-kamar rakanku yang ditinggalkan sekembalian mereka ke Malaysia tercinta.Lalu aku bangun menuju ke kamar Duha,terus ke kamar Sue dan akhir sekali ke kamar Bella.kesemuanya dengan pintu yang separuh terbuka namun bilik masih rapi.Tiada tanda-tanda digeledah.Pintu mereka kututup rapat semula sebelum beredar ke kamarku.Badan menggigil-gigil semakin laju..teddybear kupeluk buat penghilang resah..selawat bermain di bibir..mata tak lagi kantuk.Tak sabar menunggu siang menjelma.Namun tak terfikir langsung di fikiran untuk mengejutkan sahabat-sahabat di tingkat atas..serius..TIDAK TERFIKIR LANGSUNG!!

Entah bila aku terlelap aku sendiri tak sedar..yang kutahu aku mahu mandi dan solat.Usai solat sunat,aku khabarkan apa yang terjadi melalui status facebook ku.tak sampai beberapa minit,panggilan dari Bro Amad masuk.sungguh dia terkejut dan marah serta bengang.Berkali-kali dia nasihatkan aku supaya tak bertindak sendirian lagi seperti tadi malam..Maafla abang amad,saya sangat blurr masa tu.itu saja yang aku mampu jawab..

Kemudian masuk pula panggilan dari Bro Radzi.Aku ditegur benda yang sama..Maafla Abang Radzi,saya sangat blurr lah.Sempat berdiplomasi dengannya untuk menghalau dia keluar.huhu~Rupa-rupanyanya,si bedebah tersebut sebelum itu telah berkunjung ke rumah abang Radzi sebelum datang ke Casa Pelangi dan lebih mengejutkan,orang tersebut adalah orang yang sama iaitu mengenakan jaket hitam dan menggunakan modus operandi yang sama!!Ooooh si bedebah...sungguh bedebah kamu..Namun alhamdulillah,kesemua mangsa sempat terjaga sebelum diapa-apakan dan tiada barang yang sempat dicuri.Alhamdulillah..(boleh baca post baru Abang Radzi tentang ini--)

Jadi kawan-kawan,ini peringatan untuk kita semua..Lepas ini harap semua tolong kunci pintu ye.Tak kisah la duduk tingkat atas atau bawah,kosan atau rumah.Si bedebah itu tidaklah terlalu memilih.Ingat-mengingatilah..yang duduk rumah,kalau boleh kunci pintu bilik,kuncilah..Biarlah dia nak angkut semua barang rumah,yang lagi penting nyawa kita,badan kita.Tapi jangan lupa doa jugak.Tapi kalau setakat doa saja tak jalan juga babe..buatlah dua-dua.Usaha dan tawakallah..seiringkan ok?Amalkan sunnah nabi sebelum tidur.Bacalah doa dan buatlah macam Nabi ajar.

Akhir kata,jaga diri kawan-kawan..Saya sayang anda semua..Harap semua ini tak berulang lagi.Allah pilih saya untuk berikan pengajaran ini pada rakan-rakan semua.Ambillah iktibar darinya.Saya juga berbangga punya abang-abang dan kakak-kakak serta kawan-kawan di Cikuda yang mengambil berat dan baik hati..Terimakasih semua yang bertanya khabar dan memberi nasihat..

THE END.

Ahad, 3 Januari 2010

.:2 dalam 1;BAGAIKAN PUTERI & ADAM(AKU DARAH ANAK MELAYU):.

BAGAIKAN PUTERI
(PERTANDINGAN PUISIDRA BULAN PERSADA MELAYU 2009 ANJURAN BIRO INFORMASI DAN PENERBITAN KUBI)


Lembayung senja memayungi kesaktian laksamana,
Dalam alunan ratib zikir basah bibirnya,
Tenang gelojak jiwa beralun nafas,
Walau deruan ombak setia menghempas.
Lembayung kini kian kirmizi warnanya,
Dihias lenggok nyiur menyusun tari,
Menggamit camar segera pulang ke asal,
Sebelum di ufuk terbenam mentari.

Takdir menimpa mencicip ruang indah hidup Sang Puteri,
Merentas hijab masa dua dunia langit rizki,
Lantas terhumban terpinga bidadari dalam lembah asing,
Di dunia sana ada cinta yang menanti,
Dalam lafaz madah setia menemani,
"Bangkitlah Haryani!Kembalilah ke dunia asalmu!
Bernafaslah!Bernafaslah dengan nama Tuhanmu!
Aku mencintaimu Haryani..Pulanglah dikau..Pulanglah!"

Namun,disini ada hati yang menyepi,
Ia ibarat cinta yang berpetunjuk,dalam lakaran cinta yang jujur,
Memunggah hidangan lazat untuk Sang Rohani..
Disini ada cinta!Cinta yang kudus!
Ia bagaikan tempias hujan yang lembut,
Hanya hati yang hidup bisa basah merasai.

Kesaktian Laksamana menggugah sanubari puteri,
Tegar terhijab dimensi dunia yang tak mampu terzahir,
Membiar perahu cinta hanyut beroleng di tenang air..
Di tubir mata terpancar gelora jiwa tak tertafsir,
Tak terlontar desahan sukma tatkala terkunci bibir,
Hanya lirik mata jadi saksi,
Degup detak rasa dalam hati,
Senyum..menggayut di bibir.

Tapi desir angin tak selalu tenang membawa perkhabaran!
Pertarungan menongkah tribulasi kejahatan,
Kobar semangat bertiup tunjang keTuhanan!Ketuanan!
Pencak merobek tingkah menggalas beban di pundak,
Tertib menghunus bilah sakti menancap tegak,
Tangkas berkalih kanan dan kiri,
Lantas tertusuk lembah dada jantung Sang Puteri!
Lalu mengalirlah raksa pekat mengharum..Menghilang jasad,
Menjadi gumpalan kabus yang lenyap tak disedari..

Tika hujun turun,guruh berdentum,
Mengalirlah air dari perbkitan,
Mengalir menujah ke batu,
Melekuk tanda waktu berkalih.
Seiring nyawa menghanyut usia,
Selangkah nafas melangkah ke hujung,
Awan..kalau dapat kucapai saktilah hamba,
Kau..bagaikan puteri dihatiku Haryani..



A.D.A.M (AKU DARAH ANAK MELAYU)
(PERSEMBAHAN MALAM ANUGERAH PERSADA MELAYU 2009)



Kemawan berarak lesu dalam lambaian senja nan merah,
Menitip seutas rindu dalam kalbu,
Menggamit seutas kasih dalam syahdu,
Melambai sekalung cinta dalam sendu..

Andai arjuna meluncur panahnya,
Terkesan hati tiada terperi,
Membusung rasa mendalam di dada,
Meratib merintih Sang Cinta dunia,
Apa benar begini Melayu?!!
Apa benar ini acuanmu?!!

Apa MELAYU??!!
Siapa MELAYU??!!
Mana MELAYU??!!
Itu bukan aku!!
Itu dulu..Zaman kaduk masih dijunjungmu!!
Itu dulu..Zaman Sultan masih ketakutanmu!!
Ini zamanku!!
Tiada lagi yang namanya MELAYU!!
Kita bersatu,kita seteru,
Kita bukan bangsa tapi kita negara!
Apa kau buta??

(Mengeluh..)
Apa buta matamu??
Apa kelu lidahmu??
Apa tuli telingamu??
Ini tinggalan kita!
Ini warisan kita!
Ini tamadun kita!
Ini khazanah kita!
Kita dulu megah di puncak,
Mengapa kini mengesot merangkak?
Apa mati hatimu??

Arrrggghhhh!!!!!!
Ini duniaku juga duniamu!
Tapi nanti kuburku bukan kuburmu!
Liang kita tak mungkin bertemu!
Nisan kita tak mungkin bersatu!
Akankah disana kita bertemu
Atas nama kita MELAYU??
Mungkinkah disana kita bertamu
Hanya kerna kita MELAYU??

(Senyum sinis,menggeleng...)
Jangan diduga dalamnya lautan,
Jika kailmu sejengkal jua,
Jangan dilupa manisnya kenangan,
Sorotan MELAYU tika gemilangnya.
Lihat..Dengar..Rasakanlah!!
Cintaku MELAYU!!
Kasihku MELAYU!!
Sayangku MELAYU!!

Sayang bukan sayang paksaan,
Sayang bukan sayang mainan,
Sayang bukan sayang rupaan,
Sayang bukan sayang puraan.
Sayang kita kerna tahu,
Siapa diri siapa seteru!

Di bumi Tuhan kita bertemu,
Ada yang faham ada yang keliru,
Sedarlah bangsaku,
MELAYU takkan layu!
Dan mungkin hari yang satu,
MELAYU kan gagah di persadamu..

P/S:Terima kasih saya yang tak terhingga buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kedua-dua persembahan ini.Semoga ada manfaat dan ibrah darinya.Semoga ukhwah yang terjalin terus terpahat padu dalam sanubari.Sebagai insan,aku sayang padamu....=)
Powered By Blogger