Memaparkan catatan dengan label muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Julai 2010

.:REALITI SEORANG HAMBA:.

Kita terlalu manjakan mata untuk tidur lama,
Namun malaskan diri untuk bertahajud kepada-Nya..


Kita terlalu manjakan badan dengan makan yang enak-enak skali,
Namun terlalu kedekut bila berdepan dengan rohani..


Kita terlalu manjakan mulut dengan berbual berborak tanpa ada had masa,
Namun terlalu bakhil untuk membaca Kalam-Nya walaupun satu potongan ayatnya..


Kita terlalu manjakan diri dengan membeli belah sesuka hati,
Namun terlalu berkira untuk disumbangkan ke Jalan Ilahi..


Kita terlalu ingin cantikkan diri dengan bersolek disana sini, 
Namun tak pernah sekali untuk 'cantikkan' dalaman rohani..


Kita terlalu bergantung harap pada insani, 
Namun jarang sekali bergantung harap pada Ilahi..


Kita terlalu menjaga pandangan insani, 
Namun sering melupakan pandangan dan kehendak Ilahi..


Kita banyak masa berbual dan bergurau senda, 
Namun sukar sekali untuk membaca KalamNya..


Kita seringkali melahap makanan jasmani yang enak sekali dirasa,
Namun jarang sekali menyempurnakan 'makanan rohani' walaupun hanya dengan ibadat biasa..


Sedarkah kita..
Sebenarnya untuk mendapatkan pahala itu terlalu mudah
Dan untuk mencari masalah dan dosa, memang terlalu payah.



Jumaat, 30 Julai 2010

.:C.I.N.T.A:.

Semilir angin yang menderu  kini tak lagi sesegar dulu,
Bayu yang menghembus sepoi kini tak lagi setenang dulu,
Tanah hatimu dijajah  musafir cinta dunia,
Datang membisik kata  dusta yang indah  gembira,
Datang menghampar hiasan  gemerlapan syurga  dunia,
Datang  mengendong  warisan  pusaka  dosa dan nista.

Kemawan  berarak lesu dalam lembayung senja nan merah,
Bersaksi atas tanah hati yang tenat menghambur darah,
Menangisi daerah jiwa yang tempang berpapah,
Gelombang jiwamu kini makin lelah,
Detak jantungmu kini makin lemah.

Bangkitlah!!
Sedarlah!!
Usah kau lemah!
Usah kau kalah!
Usah kau pasrah!
Kerna kau bukan diciptakan jadi hamba,
Hamba cinta dan hamba dunia,
Tapi kau  dicipta untuk jadi hamba,
Pada maghfirah dan redha-Nya..

Jangan binasa kau dek penangan si cinta
Kerna cinta bisa buat kau tuli dan buta..
Jangan binasa kau dek penangan si cinta
Kerna cinta bisa buat kau derita dan merana.

Sabtu, 10 Julai 2010

.:KALA BULAN PENUH:.

Kala bulan penuh..
Aku singkap tabir rindu
Kubisik pada pungguk
Patah kata penuh syahdu.

Kala bulan penuh..
Aku semai putik kasih
Kuhela dalam senda
Dalam kata penuh lirih.

Aku hidup atas dunia
Bukan untuk cari cinta
Cinta hamba,cinta manusia
Cinta lara,hati merana

Aku hidup kerna Dia
Titah janji pembela agama
Sedang sumpah kau persenda
Di hujung lidah kau berkata

Aku pembela atas bumi-Nya!!
Aku penjunjung semangat nabi-Nya!

Tapi kau terus noda
Hati sanubari kau goda

Kala bulan penuh..
Berjalanlah dikau dalam hatimu
Biar tersadung hayunan langkahmu
Kerna nanti baru kau tahu
Hidup tak semudah kata-katamu..

.:TAK MENGAPA:.

Tak mengapa nak jadi jahat,
Asal jahat mahu bertaubat.

Tak mengapa nak jadi jahat,
Asal Allah selalu kau ingat.

Tak mengapa nak jadi jahat,
Asal dosa tidak kaupahat(boleh ke buat jahat tak berdosa??)

Tak mengapa nak jadi jahat,
Bila rasa diri dah cukup hebat.

Tak mengapa nak jadi jahat,
Asal bertaubat sebelum ke liang lahad.
Powered By Blogger