Jumaat, 30 Julai 2010

.:C.I.N.T.A:.

Semilir angin yang menderu  kini tak lagi sesegar dulu,
Bayu yang menghembus sepoi kini tak lagi setenang dulu,
Tanah hatimu dijajah  musafir cinta dunia,
Datang membisik kata  dusta yang indah  gembira,
Datang menghampar hiasan  gemerlapan syurga  dunia,
Datang  mengendong  warisan  pusaka  dosa dan nista.

Kemawan  berarak lesu dalam lembayung senja nan merah,
Bersaksi atas tanah hati yang tenat menghambur darah,
Menangisi daerah jiwa yang tempang berpapah,
Gelombang jiwamu kini makin lelah,
Detak jantungmu kini makin lemah.

Bangkitlah!!
Sedarlah!!
Usah kau lemah!
Usah kau kalah!
Usah kau pasrah!
Kerna kau bukan diciptakan jadi hamba,
Hamba cinta dan hamba dunia,
Tapi kau  dicipta untuk jadi hamba,
Pada maghfirah dan redha-Nya..

Jangan binasa kau dek penangan si cinta
Kerna cinta bisa buat kau tuli dan buta..
Jangan binasa kau dek penangan si cinta
Kerna cinta bisa buat kau derita dan merana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

awak nak komen tak?silakanlah=)

Powered By Blogger