Nampaknya entry kali ini bukanlah sebuah sajak..tapi lebih be'ghupe' sebuah cerpen(yang ditulis mengikut sedap hati).AMARAN:kisah ini kisah benar.watak-watak dalam ini pun semua benar.Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka..SELAMAT MEMBACASREEEEEET....terdengar daun pintu kamarku dibuka....
"Urghh...Syafiqah datang nak kejut aku kot..kejap lagi dia dengan Syaira dah nak balik.Takpelah,pejam mata dulu.Tunggu dia datang gerak-gerak badan baru bangun..hehe,"bisik hati kecilku yang sedang keletihan kerana asyik berulang alik ke
toilet sejak tengah malam..Maka
teddybear yang gebu kupeluk seeratnya dengan sabar menunggu 'Syafikah' datang mengejutkan aku dari tidur pura-pura ini..
Kching..
Kching...bunyi
keychain pemberian naqibahku pada telefon bimbitku yang kuletak berhampiran kepala kedengaran.Lantas hatiku terdetik,"kenapa Syafiqah pegang
enset aku pula ni?Dia nak cari kunci kot..takpelah.Tunggu dia gerak tanya kunci kat mana."Seketika kemudian terdengar komputer riba kepunyaan Sue disisi dilipat.TAP!!dan kemudian wayarnya dikeluarkan."Ah sudah..Apa kes Syafiqah nak main enset dengan laptop orang ni??".Lalu pejaman mata dibuka.Hasrat hati mahu menegur Syafiqah,namun terkesima sebentar bila yang terpampang di pelupuk mata bukanlah Syafiqah tapi.....YA ALLAH!!dia sangat dekat.Sangat dekat denganku!Aku bingkas bangun dan duduk di atas katil sambil bertanya "Kamu siapa?!!Mau apa?!".Biasan cahaya lampu dari ruangtamu dan dapur membolehkan aku melihat wajahnya yang tidak memakai helmet mahupun sebarang penutup muka,dan kulihat telefon bimbit serta laptop sudah dalam genggamannya..haih~
Dengan
selamba badaknya dia menjawab,"Kamu Dewi kan?".
"Bukan!Bukan!Saya bukan Dewi.Ga ada yang namaya Dewi disini."(mode ketika ini masih mamai dan bingung.Fikiran sangat positif ketika ini dengan menyangka dia betul2 tersalah rumah.
GILOSS!!)
"Tapi tadi dibilang ini rumahnya Dewi.Cuba tanyain temen-temennya bener ga ada yang namanya Dewi disini?".
"Ga!!Ga ada yang namanya Dewi disini.Disini semua
student Malaysia.Ga ada
student Indonesia disini"
Selesai berkata-kata aku bingkas bangun menyalakan lampu kamar dan membuka pintu kamar seluas-luasnya.Aku berdiri di pintu kamarku mengharapkan tamu tak diundang itu segera keluar dari kamarku.Sempat kuintai ke ruangtamu andai ada sesiapa yang masih berjaga namun hampa...huhu~Lelaki asing itu masih di dalam bilik.Cuma dari duduk dia kini berdiri di tempat yang sama dengan telefon bimbit dan laptop masih di tangannya.Soalan yang sama diulang-ulang kepadaku dan aku menjawab ala kadar.Masih mamai mungkin..(ditambah rasa malu kerana berpakain tidur di hadapan seorang lelaki yang entah turun dari planet mana.huhu~)
Lama dia disitu sebelum dia menghampiriku di muka pintu kamarku.Pintanya masih sama untuk bertanya ke teman-temanku jika benar ga ada yang namanya Dewi dirumah itu
(woit!walaupun aku mamai tapi aku tak pelupa lagilah.Takkan aku tak kenal housemate aku sendiri..BENGONG mu nih!!)Perasaan bingung menjadi rimas kerana diasak dengan soalan yang sama berulang kali.(
Tak paham bahasa ke ko nih!!aku kate takde takde lah)aura-aura gaduh dah mula keluar dari diriku.Teringat
step-step sparring taekwondoku yang dah lama aku tak praktikkan.Tapi memikirkan aku yang keseorangan,risau juga kalau
mamat tu mengganas lalu kupendamkan saja hasrat 'murni'ku itu..'perbualan' jarak dekat kami yang lama membolehkan aku mengecam wajah si bedebah itu.
setelah lama bersoal jawab dipintu kamarku,lalu dia meletakkan laptop dan telefon bimbitku yang sedari tadi dalam genggamannya ke atas lantai(dan sedari tadi juga kujeling.aku tak kisah
enset aku tapi aku kisah
laptop Sue!!)dan dia mulai keluar melepasi pintu dapur yang ternganga seluas-luasnya.Kusangka dia akan terus keluar namun sangkaanku ternyata meleset.Dia masih setia menanyakan aku soalan yang sama sambil tangannya mengeluarkan telefon bimbit dan mula mendail nombor seseorang.Kulihat matanya sempat menjeling ke pintu pagar dapur berdekatan.Mungkin ada temannya yang menanti disitu.
"Hello Dewi.Kamu lagi dimana?Dibilangnya tadi rumah kamu disini.Owh,diatas lagi ya?ya..ya"Talian diputuskan..(Konon2 la kan..Entah dia telefon sesiapa entah.Aku pun tidak tahu.Atau mungkin sekadar bercakap sendirian..ceit!!).Dengan tersenyum dia meminta maaf padaku..
"Maaf ya.Rumahnya Dewi di atas lagi rupanya.."aku sekadar mengangguk.Tidak berani dekat,aku masih berdiri di hadapan pintu kamarku..Sebaik sahaja dia menjauhi pintu dapur,aku meluru dan mengunci pintu dapur serapatnya.Lalu aku masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik.Komputer riba dan telefon bimbit masih kubiarkan terdampar di atas lantai.Di sudut katil aku menangis.Baru terfikir kalaulah aku tak sedar tadi entah apa yang dia dah buat pada aku.Mungkin dia tak sekadar mencuri.Mungkin dia boleh buat "benda lain" jugak..kocoh-kocoh aku memeriksa badan sendiri.Mana tahu ada kesan yang ditinggalkan macam orang minyak selalu buat tu.Alhamdulillah,tiada apa yang ganjil..Bergegas ke meja
study,aku mencari
walletku.Alhamdulillah,masih tersimpan rapi..
Aku kembali ke sudut katil.Laptop dan telefon bimbit kubawa bersamaku.Mesejku hantar kepada seseorang mengkhabarkan berita buruk yang baru terjadi.Airmata terus mengalir.Tak tahu sebab apa..Perasaan bercampur baur.Rasa macam mimpi,takut,syukur,bingung semua ada..Lantas terfikir kamar-kamar rakanku yang ditinggalkan sekembalian mereka ke Malaysia tercinta.Lalu aku bangun menuju ke kamar Duha,terus ke kamar Sue dan akhir sekali ke kamar Bella.kesemuanya dengan pintu yang separuh terbuka namun bilik masih rapi.Tiada tanda-tanda digeledah.Pintu mereka kututup rapat semula sebelum beredar ke kamarku.Badan menggigil-gigil semakin laju..
teddybear kupeluk buat penghilang resah..selawat bermain di bibir..mata tak lagi kantuk.Tak sabar menunggu siang menjelma.Namun tak terfikir langsung di fikiran untuk mengejutkan sahabat-sahabat di tingkat atas..serius..TIDAK TERFIKIR LANGSUNG!!
Entah bila aku terlelap aku sendiri tak sedar..yang kutahu aku mahu mandi dan solat.Usai solat sunat,aku khabarkan apa yang terjadi melalui status facebook ku.tak sampai beberapa minit,panggilan dari Bro Amad masuk.sungguh dia terkejut dan marah serta bengang.Berkali-kali dia nasihatkan aku supaya tak bertindak sendirian lagi seperti tadi malam..Maafla abang amad,saya sangat
blurr masa tu.itu saja yang aku mampu jawab..
Kemudian masuk pula panggilan dari Bro Radzi.Aku ditegur benda yang sama..Maafla Abang Radzi,saya sangat
blurr lah.Sempat berdiplomasi dengannya untuk menghalau dia keluar.huhu~Rupa-rupanyanya,si bedebah tersebut sebelum itu telah berkunjung ke rumah abang Radzi sebelum datang ke Casa Pelangi dan lebih mengejutkan,orang tersebut adalah orang yang sama iaitu mengenakan jaket hitam dan menggunakan modus operandi yang sama!!Ooooh si
bedebah...sungguh
bedebah kamu..Namun alhamdulillah,kesemua mangsa sempat terjaga sebelum diapa-apakan dan tiada barang yang sempat dicuri.Alhamdulillah..(boleh baca post baru Abang Radzi tentang ini--
)
Jadi kawan-kawan,ini peringatan untuk kita semua..Lepas ini harap semua tolong kunci pintu ye.Tak kisah la duduk tingkat atas atau bawah,kosan atau rumah.Si bedebah itu tidaklah terlalu memilih.Ingat-mengingatilah..yang duduk rumah,kalau boleh kunci pintu bilik,kuncilah..Biarlah dia nak angkut semua barang rumah,yang lagi penting nyawa kita,badan kita.Tapi jangan lupa doa jugak.Tapi kalau setakat doa saja tak jalan juga
babe..buatlah dua-dua.Usaha dan tawakallah..seiringkan ok?Amalkan sunnah nabi sebelum tidur.Bacalah doa dan buatlah macam Nabi ajar.
Akhir kata,jaga diri kawan-kawan..Saya sayang anda semua..Harap semua ini tak berulang lagi.Allah pilih saya untuk berikan pengajaran ini pada rakan-rakan semua.Ambillah iktibar darinya.Saya juga berbangga punya abang-abang dan kakak-kakak serta kawan-kawan di Cikuda yang mengambil berat dan baik hati..Terimakasih semua yang bertanya khabar dan memberi nasihat..
THE END.