Ahad, 31 Januari 2010

.:PERISTIWA DI SUBUH HARI:.

Nampaknya entry kali ini bukanlah sebuah sajak..tapi lebih be'ghupe' sebuah cerpen(yang ditulis mengikut sedap hati).AMARAN:kisah ini kisah benar.watak-watak dalam ini pun semua benar.Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka..SELAMAT MEMBACA

SREEEEEET....terdengar daun pintu kamarku dibuka....
"Urghh...Syafiqah datang nak kejut aku kot..kejap lagi dia dengan Syaira dah nak balik.Takpelah,pejam mata dulu.Tunggu dia datang gerak-gerak badan baru bangun..hehe,"bisik hati kecilku yang sedang keletihan kerana asyik berulang alik ke toilet sejak tengah malam..Maka teddybear yang gebu kupeluk seeratnya dengan sabar menunggu 'Syafikah' datang mengejutkan aku dari tidur pura-pura ini..


Kching
..Kching...bunyi keychain pemberian naqibahku pada telefon bimbitku yang kuletak berhampiran kepala kedengaran.Lantas hatiku terdetik,"kenapa Syafiqah pegang enset aku pula ni?Dia nak cari kunci kot..takpelah.Tunggu dia gerak tanya kunci kat mana."Seketika kemudian terdengar komputer riba kepunyaan Sue disisi dilipat.TAP!!dan kemudian wayarnya dikeluarkan."Ah sudah..Apa kes Syafiqah nak main enset dengan laptop orang ni??".Lalu pejaman mata dibuka.Hasrat hati mahu menegur Syafiqah,namun terkesima sebentar bila yang terpampang di pelupuk mata bukanlah Syafiqah tapi.....YA ALLAH!!dia sangat dekat.Sangat dekat denganku!Aku bingkas bangun dan duduk di atas katil sambil bertanya "Kamu siapa?!!Mau apa?!".Biasan cahaya lampu dari ruangtamu dan dapur membolehkan aku melihat wajahnya yang tidak memakai helmet mahupun sebarang penutup muka,dan kulihat telefon bimbit serta laptop sudah dalam genggamannya..haih~

Dengan selamba badaknya dia menjawab,"Kamu Dewi kan?".

"Bukan!Bukan!Saya bukan Dewi.Ga ada yang namaya Dewi disini."(mode ketika ini masih mamai dan bingung.Fikiran sangat positif ketika ini dengan menyangka dia betul2 tersalah rumah.GILOSS!!)

"Tapi tadi dibilang ini rumahnya Dewi.Cuba tanyain temen-temennya bener ga ada yang namanya Dewi disini?".

"Ga!!Ga ada yang namanya Dewi disini.Disini semua student Malaysia.Ga ada student Indonesia disini"

Selesai berkata-kata aku bingkas bangun menyalakan lampu kamar dan membuka pintu kamar seluas-luasnya.Aku berdiri di pintu kamarku mengharapkan tamu tak diundang itu segera keluar dari kamarku.Sempat kuintai ke ruangtamu andai ada sesiapa yang masih berjaga namun hampa...huhu~Lelaki asing itu masih di dalam bilik.Cuma dari duduk dia kini berdiri di tempat yang sama dengan telefon bimbit dan laptop masih di tangannya.Soalan yang sama diulang-ulang kepadaku dan aku menjawab ala kadar.Masih mamai mungkin..(ditambah rasa malu kerana berpakain tidur di hadapan seorang lelaki yang entah turun dari planet mana.huhu~)

Lama dia disitu sebelum dia menghampiriku di muka pintu kamarku.Pintanya masih sama untuk bertanya ke teman-temanku jika benar ga ada yang namanya Dewi dirumah itu(woit!walaupun aku mamai tapi aku tak pelupa lagilah.Takkan aku tak kenal housemate aku sendiri..BENGONG mu nih!!)Perasaan bingung menjadi rimas kerana diasak dengan soalan yang sama berulang kali.(Tak paham bahasa ke ko nih!!aku kate takde takde lah)aura-aura gaduh dah mula keluar dari diriku.Teringat step-step sparring taekwondoku yang dah lama aku tak praktikkan.Tapi memikirkan aku yang keseorangan,risau juga kalau mamat tu mengganas lalu kupendamkan saja hasrat 'murni'ku itu..'perbualan' jarak dekat kami yang lama membolehkan aku mengecam wajah si bedebah itu.

setelah lama bersoal jawab dipintu kamarku,lalu dia meletakkan laptop dan telefon bimbitku yang sedari tadi dalam genggamannya ke atas lantai(dan sedari tadi juga kujeling.aku tak kisah enset aku tapi aku kisah laptop Sue!!)dan dia mulai keluar melepasi pintu dapur yang ternganga seluas-luasnya.Kusangka dia akan terus keluar namun sangkaanku ternyata meleset.Dia masih setia menanyakan aku soalan yang sama sambil tangannya mengeluarkan telefon bimbit dan mula mendail nombor seseorang.Kulihat matanya sempat menjeling ke pintu pagar dapur berdekatan.Mungkin ada temannya yang menanti disitu.


"Hello Dewi.Kamu lagi dimana?Dibilangnya tadi rumah kamu disini.Owh,diatas lagi ya?ya..ya"


Talian diputuskan..(Konon2 la kan..Entah dia telefon sesiapa entah.Aku pun tidak tahu.Atau mungkin sekadar bercakap sendirian..ceit!!).Dengan tersenyum dia meminta maaf padaku..

"Maaf ya.Rumahnya Dewi di atas lagi rupanya.."


aku sekadar mengangguk.Tidak berani dekat,aku masih berdiri di hadapan pintu kamarku..Sebaik sahaja dia menjauhi pintu dapur,aku meluru dan mengunci pintu dapur serapatnya.Lalu aku masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik.Komputer riba dan telefon bimbit masih kubiarkan terdampar di atas lantai.Di sudut katil aku menangis.Baru terfikir kalaulah aku tak sedar tadi entah apa yang dia dah buat pada aku.Mungkin dia tak sekadar mencuri.Mungkin dia boleh buat "benda lain" jugak..kocoh-kocoh aku memeriksa badan sendiri.Mana tahu ada kesan yang ditinggalkan macam orang minyak selalu buat tu.Alhamdulillah,tiada apa yang ganjil..Bergegas ke meja study,aku mencari walletku.Alhamdulillah,masih tersimpan rapi..

Aku kembali ke sudut katil.Laptop dan telefon bimbit kubawa bersamaku.Mesejku hantar kepada seseorang mengkhabarkan berita buruk yang baru terjadi.Airmata terus mengalir.Tak tahu sebab apa..Perasaan bercampur baur.Rasa macam mimpi,takut,syukur,bingung semua ada..Lantas terfikir kamar-kamar rakanku yang ditinggalkan sekembalian mereka ke Malaysia tercinta.Lalu aku bangun menuju ke kamar Duha,terus ke kamar Sue dan akhir sekali ke kamar Bella.kesemuanya dengan pintu yang separuh terbuka namun bilik masih rapi.Tiada tanda-tanda digeledah.Pintu mereka kututup rapat semula sebelum beredar ke kamarku.Badan menggigil-gigil semakin laju..teddybear kupeluk buat penghilang resah..selawat bermain di bibir..mata tak lagi kantuk.Tak sabar menunggu siang menjelma.Namun tak terfikir langsung di fikiran untuk mengejutkan sahabat-sahabat di tingkat atas..serius..TIDAK TERFIKIR LANGSUNG!!

Entah bila aku terlelap aku sendiri tak sedar..yang kutahu aku mahu mandi dan solat.Usai solat sunat,aku khabarkan apa yang terjadi melalui status facebook ku.tak sampai beberapa minit,panggilan dari Bro Amad masuk.sungguh dia terkejut dan marah serta bengang.Berkali-kali dia nasihatkan aku supaya tak bertindak sendirian lagi seperti tadi malam..Maafla abang amad,saya sangat blurr masa tu.itu saja yang aku mampu jawab..

Kemudian masuk pula panggilan dari Bro Radzi.Aku ditegur benda yang sama..Maafla Abang Radzi,saya sangat blurr lah.Sempat berdiplomasi dengannya untuk menghalau dia keluar.huhu~Rupa-rupanyanya,si bedebah tersebut sebelum itu telah berkunjung ke rumah abang Radzi sebelum datang ke Casa Pelangi dan lebih mengejutkan,orang tersebut adalah orang yang sama iaitu mengenakan jaket hitam dan menggunakan modus operandi yang sama!!Ooooh si bedebah...sungguh bedebah kamu..Namun alhamdulillah,kesemua mangsa sempat terjaga sebelum diapa-apakan dan tiada barang yang sempat dicuri.Alhamdulillah..(boleh baca post baru Abang Radzi tentang ini--)

Jadi kawan-kawan,ini peringatan untuk kita semua..Lepas ini harap semua tolong kunci pintu ye.Tak kisah la duduk tingkat atas atau bawah,kosan atau rumah.Si bedebah itu tidaklah terlalu memilih.Ingat-mengingatilah..yang duduk rumah,kalau boleh kunci pintu bilik,kuncilah..Biarlah dia nak angkut semua barang rumah,yang lagi penting nyawa kita,badan kita.Tapi jangan lupa doa jugak.Tapi kalau setakat doa saja tak jalan juga babe..buatlah dua-dua.Usaha dan tawakallah..seiringkan ok?Amalkan sunnah nabi sebelum tidur.Bacalah doa dan buatlah macam Nabi ajar.

Akhir kata,jaga diri kawan-kawan..Saya sayang anda semua..Harap semua ini tak berulang lagi.Allah pilih saya untuk berikan pengajaran ini pada rakan-rakan semua.Ambillah iktibar darinya.Saya juga berbangga punya abang-abang dan kakak-kakak serta kawan-kawan di Cikuda yang mengambil berat dan baik hati..Terimakasih semua yang bertanya khabar dan memberi nasihat..

THE END.

15 ulasan:

  1. haaa..baru lah aku tahu cerita sebenar..

    cerita ni lagi parah dari aku sangka!

    naseb ko tak buat apa...jangan nak cari mati,awak tu perempuan,sorang lak tu, nyawa dan kehormatan diri perlu dijaga dulu..

    tapi nak ucapkan syukur tak terjadi apa2 kat ko, dah lepas tu lepas, anggap je sebagai pengalaman,

    post traumatic syndrome pasti ko akan rasa, nak hilang perlu masa yang sangat lama, aku senrdi even setahun dah jadi, masih lagi ade syndrome tuh..

    just beritau your mind dah tak de pape dah, everything gonna be fine dan jgn lupa len kali nak kunci pintu k, paling pun kunci pintu bilik

    BalasPadam
  2. aku pemikir..
    mula-mula malas juga nak cerita ni tapi nak kasi orang tahu,maka terkeluarlah cerita ni.kenapa lagi parah dari yang disangka?sangkanya bagaimana?

    tulah pasal.lama kot "borak2" dengan mamat tu.nasebla die tak mengganeh buat ape2..hailah~

    hmm..betul2.rasa macam tak trauma tapi sebenarnya trauma.syndrome tu akan ada punyalah..cuma nak kena selalu beringat dan kuat je.

    hait!!baik bos!setiap masa kunci pintu bilik dah.cuaks!

    BalasPadam
  3. ingat macam dia dah keluar pastu ko nampak dia dan ko jerit..
    ni siap samapai dia datang sebelah lagi...haih~~

    xpe lah..semoga lekas sembuh!!heee

    BalasPadam
  4. aku pemikir - bab jerit2 tu lah yang sy paling 'Fail' sekali.memang tak pandai nak jerit.se'panic' mana pun,x gheti jugak lah nak jerit..hahaha.berdepan ngan malaun dengan mamai n cool babe..keh3=p

    insyaAllah..terima kasih!=)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum
    illy..waaa, scary2!!
    saya di atas ketika itu.
    ya Allah, alhamdulillah kamu tak diapa2kan..
    insyaAllah bole dijadikan pengajaran yang cukup berharga untuk kita semua..
    xlogic sungguh alasan carik umh dewi.siap tipu2 call pulak tu.apa jenis modus operandi daa..kurang asam nyer maling! huh
    illy, kena belajar jerit nih..huhu
    kunci pintu bila2 masa je..n doa moga sentiasa terhindar dgn bnda2 cmni..

    may Allah be with u..tc!

    BalasPadam
  6. waalaikumussalam..has.
    itulah,saya pun tidak tahu kamu di CasPel malam tu.huhu..maseb baik korang semua tidur kat atas kan.memang syukur sangat la dia tak buat ape2.memang blurr sangat time tu.rasa macam takde pape je..huhu.dah lepas tu baru rasa cuak..
    kena belajar jerit eh?insyaAllah nanti illy belajar ek..hehe.amiiiin~Has dan budak2 flam pun jaga diri.korang pun bahaya jugak tu.

    may Allah be with us..=)

    BalasPadam
  7. take care dear~

    kunci segala pintu n tingkap yang boleh!

    p/s:apekah kegunaan akang kat belakng rumah tu?????
    ingatkan die merangkap satpam umah kite..aduhlaaa~
    nak repot kat bapak..bia tekde je laa akang tuh..ade pn tak memberi kesan..bdw, pam air die dah baiki tak?

    heh.banyak pulak komplen :p

    BalasPadam
  8. baik dear!hehe

    memang illy sokmo kunci je pintu dapur ngan pintu bilik sekarang.post trauma syndrome bak kate yoyo.huhu~

    entah..illy pun sudah mula mencurigai mereka.tak baik kan tapi betulla tak nampak fungsi mereka disini..
    air dah ada tadi alhamdulillah tapi sekarang da kecik balik.takut kejap lagi mati jugak air tu.huhuhu~

    BalasPadam
  9. haha..mencurigai keperluan mereka eh?

    duha dah lama curiga :p

    takpelah,
    kita doa je yang terbaik..
    and korg try msg tuan hj tu eh..
    just infom kat dia pasal kejadian hrtu..

    he needs to know
    coz boleh kata ade salah die jgak..

    half laa kot salah die..
    ehhe~

    sebab die janji satpam tapi takde,
    patu die janji nk pasang grill tapi tak pasang..
    then die janji nak bg water dispenser tapi tak bagi2 (ok, this one takde kaitan :p )

    ngee~

    BalasPadam
  10. duha,bapak aji ade datang ni.tapi die tak datang jumpe kitorang pun lagi.
    td petang kitorang da cter kat mak.maybe esok baru jumpe bapak.
    tapi sok pagi kak fatin sume tolak awal kol7.
    illy jumpe sesorang kowt..huhu

    illy ingat nak tukar kunci mangga dapur tu.letak yang besaq2 sikit.biar ak2 tu tak bleh masuk jugak..haha

    nanti illy cakap benda2 duha tulis tu kat pak aji.serius grill die da patot pasang.amatla membahayakan lagi2 untuk bella ngan sue(kalau orang masuk dari depan),duha ngan illy(kalau orang masuk dari pagar dapur)..haih~

    BalasPadam
  11. Dr Amad- Bro Amad tu marah ke maling tu,dia tak marah ke Illy.Dia tak garang,bekeng je sikit.tapi dia baik...=)(dah puji ni,bila nak dapat nasi lemak?hahaha)

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Nasi lemak? jom mintak kat maling tu...wakaka

    BalasPadam
  14. mane pula la si maling tu curi nasi lemak..tak mau lah.haram makan makanan curi.wahaha

    BalasPadam

awak nak komen tak?silakanlah=)

Powered By Blogger