Jumaat, 25 Mac 2011

.:CANTIK SENYUM CANTIK BIAR CANTIK LAGI:.

Kalau kita senyum.
Semua orang berjangkit.
Bila semua orang senyum.
Dunia tiada penyakit.

Ada sahabat pernah berpesan,
Sakit simpan dalam senyuman,
Bila teringat indahnya kenangan,
Teruslah senyum kau ukirkan..

Hai cik adik manis,
Cik adik senyum nampak manis,
Cik adik tambah manis,
Bila senyum tambah tambah manis..

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit..

=) ^^, (^^,)Y

Jumaat, 11 Mac 2011

.:TELAH LAMA KUTINGGALKAN DAERAH INI:.

Bila rindu menjengah, mengetuk pintu hati
Baru kau tahu ada yang kautinggalkan dalam meniti hari-hari
Bila duka menemani dalam mukim yang sepi
Baru kau tahu ada hati-hati yang kaulupakan dalam mencari diri..


Aku tak sendiri tapi aku sepi
Aku berdiri tapi aku tak kuat lagi.


Daerah itu kini tinggal misteri...
Dulu aku injak tanahnya
Kuhirup segar bayunya
Kuselak langsir dunia
Kuukir cerita tentang kita.
Kita yang kini masih bersama dalam daerah cinta
Kita yang kini menyaing langkah dalam mihrab cinta
Kita yang kini melakar cerita atas nama cinta


Kadang..
Kita bersama duduk mengungkap kisah
Kisah yang mengukir cerita -cerita indah.
Kadang..
Kita bersama menjejak denai kenangan
Kenangan yang tak luput dek alihan zaman.
Kadang..
Kita bersama menguak jendela dosa
Dosa silam yang dulu menutup mata hati
Sampai terlupa pada nafas yang akan terhenti..


Kini kita menggenggam sebuah prakarsa
Yang kita dakap erat pada rongga dada
Yang kita puja dalam setiap nafas nyawa
Yang kita hembus pada rindu yang menggelora
Yang kita tancap pada nafsu yang menggila!!
Yang kita injak biar terkubur bumi dunia!!


Duhai alam yang bisu pada pancainderaku..
Aku mahu kau tahu bahawa aku tahu
Kau masih disitu,diam dalam kunci langitmu
Tapi kau berpadu dalam rentak jantungku
Beradun menjadi hadiah terindah buat cinta nan Satu..


Daerah baruku masih misteri
Langkahku takut terjerat api
Tubuhku takut pada anasir yang bersembunyi
Kalau aku jatuh menyembah bumi
Masih adakah tangan yang menanti?
Kalau tersadung langkah kakiku
Kalau terluka objek hatiku
Masih adakah yang sudi mengubati?


Jangan biar kuhanyut dalam lautan gila membadai,
Jangan biar kutenggelam dalam misteri yang tak terungkai...


Alhamdulillah,misteri terungkai di malam kemuncak MAISEN 2011."telah Lama Kutinggalkan Daerah Ini" menjadi johan bagi Kategori Puisi Terbaik.Terimakasih buat yang menyokong=)
Powered By Blogger