Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Julai 2009

.:LiHaT...dEnGaR...rAsAKaN...:.


Lihat..lihat..aku tertawa
senyum senang aku gembira
rias riang pada wajahnya
hati senang gundah tiada..

lihat..lihat..aku menangis
kata sinis aku menghiris
titis jernih membasah alis
aku terkedu dia menangis..

dengar..dengar..aku bicara
senda tawa disulam jenaka
jiwa tenang resah tiada
kau dan aku sama bahagia

dengar..dengar..aku membujuk
kotak marahmu telah kuketuk
bisakah aku terpa memeluk?
sedang hatimu parah tertusuk

rasa..rasa..damai di jiwa
kita bersama mengutip bunga
kuntum memekar di laman cinta
kau dan aku memadu asmara..

rasa..rasa..dendam kesumat
meratah hati hancur melumat
kau dan aku tak lagi sepakat
menyongsang arah,sejarah terpahat..

rakan,kawan,sahabat dan taulan
lihat ini aku selokakan
kisah diriku dan juga dirimu
dalam hidupku di bumi nan satu

jika esok aku tiada
ikatan ukhwah masih dirasa
jangan biar terpudar dek masa
tenggelam dalam lautan usia

dengar ini duhai sahabat
jalan kita jalan jihad
kasih kita telah terpahat
dalam hati tak terlihat

biar dipisah lautan gelora
rindu kita biar membara
tak terdengar tapi terasa
tak terlihat hangatnya berbisa..

p/s:entry sebelum pulang..saya nak cakap sebenarnya lihatlah,dengarlah dan rasakanlah yang saya amat menyayangi sahabat-sahabat saya- SOA dan semua..semoga kalian gembira selalu.jangan lupa saya ya..selamat tinggal(T_T)

Khamis, 2 Julai 2009

.:hANyA AkU yAnG TaHu:.


saya ditag lagi nampaknya..tapi sebab sy malas nk jawab soalan2 tag ini saya pon copy paste je sume jawapan orang yg menge'tag' saya ni.lagipun jawapan2 dia sgt bgus untuk dikongsikan dengan kawan2 yg lain..adalah sikit2 yang saya ubah untuk keseswaian diri saya..hahaha.to cik athirah mat taha,time kaseh menge'tag' diriku dan terima kaseh bg tiru jawapan..(tak minta izin pon lagi..hahaha)

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

1. Copy badge “2009 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.

da copy siap paste lagi...

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Saya di tag oleh...seorg kwn saye yg budiman dan cun ni..name die...ATHIRAH..tapi mase kat sekolah dulu sy panggil die ATHE je..hehe

>pertemuan kteorg yg penuh dramatik (cey...) adalah semasa di MRSM Kuala Kubu Bharu yg gempak,mantop,segak dan bergaya tuh..hiiihi..kteorg satu bilik dan satu kelas dlu..
>dulu kalau saya ada pape masalah samada masalah negara ataupun masalah keluarga dia lah org pertama yang saya akan cari..hehe.walaupun kadang2 dia just dengar je tapi saya tetap suka dan selesa nak cerita kat dia.
>dia ni kelakar orangnya tapi dia tegas..takut woo..hahaha.dulu masa kat mrsm kami panggil dia ustazah athirah..hahahaha
>dia ni sangat suka baca novel.dia sekarang ni dah pun menulis sebuah novel dan telah pun diterbitkan oleh Telaga Biru Production.novel dia bertajuk Cinta Ain Naqilah..saya tak berkesempatan lagi membaca novel dia..huhuhu.sedih..=(
>ha,dia ni sngat la kreatif sampaikan kertas pembungkus gula2 pun dia simpan untuk buat hiasan buku skrap..(masa kat mrsm dlu kan banyak assignment scrapbook..hehehe)
>dia orang pahang sama macam saya..
>saya sayang dia...muahxxxx!!


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1. seorg hamba ALLAH yg sentiase bersyukur dgn ape saje yg melande dirinye....
2. i'm a risk taker...and also a 11th momment worker..(nk wat cmne time last minute barulah idea mencurah2 jatuh ke ladang gandum...)
3. sgt suke berangan..hahaha..kat mane saje tak kira masa..lalala~
4. sangat suka dengan sukan tak kira la sukan ape pon..tradisional mahupun modern..(ni ikut abah ngan mama..atlet tu..tapi saya tak atlet pun..ahaha)
5. lebeh "x-suke kotor" dari "suke bersih"..lebeh suke bersihkn toilet dr dok dlm bilik..tak caya tanya athirah..haha
6. mementingkn kekemasan dan kesempurnaan..hahaha
7. boleh menjadi pendengar yg pro...(pro-sak..hihii)..sbb part time job saye adelah jd motivator a.k.a kaunselor(x bertauliah..ahahh)
8. teror bab2 nk korek rahsia org..(xcaye bole try..wawawwa..jgn menyesal...)
9. bace novel, komen novel,bace puisi,tulis puisi dan deklamasi puisi(ada cerita disebalik puisi ni sebenarnya..hahaha)
10. seorg yg sgt2 bijak(yo-yo-o je..)menyembunyikan emosi...ahhahaha..sebab tu sue kata saya cool..ahahaha


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

* siti hasmah jamil
* duha mohd yunus
* farah liyana
* farah wahidah sazali
* aiza amierah abdull ropha
* azizul azim
* haikal ambri roslee
***terlebih plak..haha..suka hati saya la..=p


5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:
“anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda”



TAG KEDUA:it's all about you
(yang ini seterusnya semua saya copy paste je sebab saya suka dengan jawapan2 athe..hehe..selamat membaca!!)

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?

solat sunat syukur tiap2 hari, insyaAllah...nk buat perkara2 yg boleh membangunkn ummah..dan nk memenuhi impian2 saya ini..

* nk bukak pusat tahfiz...
* nk bukak syarikat pengeluar makann halal, restoren, dan syarikt le2 lagi…
* nk ade tower atau bgnn sndri yg akn jadi pengerusi bg semua ank2 syarikat yg len...
* nk tubuhkn Yayasan Athirah untk bantu golong miskin dan ank yatim…
* nk bukak pusat sukan yg Islamic concept yg fulfill tuntutn syarak dan keperluan sukn tu sendri…
* nk tubuhn badan amal atau NGO yg akn kumpulkn aktivis yg ingin membntu masyarakat Islam khusus para remaja dgn mendekati mereka untuk mencegah gejala social…
* urmmm..byk lagik ni..tp kang sampai tahun depn xabis bace..ahahha


2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?
hihihhihi…Alhamdulillah, tp utk HP je la yer..yg len sorry!*HP-Husband’s properties*

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?
baekla bace Quran ke..Qiamulail ke..layak jugk nk tunjuk cinte kat Allah kn..

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus?
xkesah pun..janji ku bahagia…hahaha

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluargalah?
insyaAllah baek akhlaknye…elok agamanya..kecik tapak tgn..bumi Allah ni jugak saye tadahkn..

6. Kalau tiada lagi hari esok?
urmmm nk mati dlm KHUSNIL KHATIMAH(kesudahan yg baek.


7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?
setakat ni..xde lagi org yg berjaya msk dalm list yg ni..tp kalo jumpe la zionis o Bush tu layak jugakla penggal kepala dieorg tu without any 2nd thought!

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda-benda pelik?
Fear Allah dulu la…br msk fear factor..

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
Doakn mereka berada dalam kalangn kekasih2 Nya…

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda mintai? Nyatakan nama artis/selebriti tersebut.
selebriti/artis…xde mknenye..tp…nk jumpe idola saye…Rasulullah s.a.w

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?
Zionis dan sekutunyer!!!!

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?
Alhamdulillah…maknenye org tu tau nk mengagumi ciptaan Tuhan..hhaha

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
Nauzubillah..idok ler..mintala dijauhkn..

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?
wah..syoknye..(pastu mkn byk2..hahah)

15.Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
Perlu ke?hhahah..nntla dipkirkn

16. Kalau anda memenangi anugerah, dan anugerah apa yang anda inginkan?
anugerah….urm…(isteri mithali?!...mungkin la kot..).hhaaha..

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing, bangsa asing mana yang anda inginkan?
bangse ape2 pn xpe..janji satu akidah yg sama..

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
redho jela….

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
org2 cm gini perlu bersih hatikn dari ‘penyakit hati’ ni dr melarat..dan terimalah hakikat bahwa saye mmg ditakdirkn jadi org yg best..(hahaha…) jdi usahla cemburu dgn kelebihn yg Allah berikn pd saye tu..hihhihi

20. Mengenai orang yang tag kamu ni?
Org yg same bg tag yg petame tu..bacelah kat ctu..ahha

21. Sekarang saye tag :
* sape2 jela yg beminat nk wat tag ni…ha..kamu.kamu. dan kamooo!!!


TAG KETIGA:wedding plan

1. How old are you?
20.

2. Are you single mingle?
singe mingle triangle..hahahha

3. At what age do you think you will get married?
ingt nk kawen awal..abis degree ni sblm smbg doctor..(insyaAllah..)..tp calon xde lagi..hahahaha(jawapan saya pon sama cam athe..hahaha

4. Do you think you’ll marrying the person you are with now?
i don't think so..bcause no one with me now!ahaha..

5. If not, who do you want to marry with?
Allah knows the best...

6. Who will be your brideman & bestman?
there's a few friends yg nk jadi pengapit..nntla kena wat interview..


7. Do you want a garden/beach/ traditional wedding?
yg simple je…lagi byk keberkatan..hihihi

8. Where do you plan to go on honeymoon?
urmmm..umrah first kot..

9. How many guests do you think you’ll invite?
kalo bole satu dunia nk jemput..ahahaha

10. Will that include your exes?
hahahahah...maybe..

11. How many layers of cake do you want?
one should be enough..(kalo 8 lapis kang sape lak yg nk mkn..)
12. Name the song/ tune you would like to play on your wedding?
i like it to be...selawat by nowseeheart..=)

13. Do you prefer fine dining or just using spoon and fork?
gune tgn sudeyh...

14. Champaigne or wine?
just wait for champaigne n wine kt syurga la....(amin..)

15. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
isyh..there's still no figure at all..when there's the day, there's the plan..hhuhhu

16. Money or household items?
both can be accepted..ahaha

17. How many kids you would like to have?
Allah knows the best.

18. Will you record your honeymoon in DVD/ CD?
maybe..for my own memory..

19. Who’s wedding plan you would like to know next?
*anyone who's interested to do this tag.u're most welcome..^__^

Rabu, 1 Julai 2009

.:aMaL..AmALAn...aMaLi...:.


Peraturannya:

1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.

jadi saya da tak tau nak tag siapa sebab rasanya semua orang dah di tag...hahhaha
so..ini lah dia orang2 yang bertuah pada kali ini untuk menerima penghargaan tulus ikhlas dari hati comey saya...

1)athirah mat taha
2)nadhirah ahmad fauzi
3)nabilah mohammed
4)shuhaimi zulkifli
5)umi shuhaila
6)farah liyana musman
7)zurhazreen azureen
8)ahmad zulfahmi
9)ahmad fahmi sulaiman
10)fahkrul radzi ahmad zubir
11)Muhamad Firdaus Mohd Shahidin
12)ain sakinah ahmad fuad

p/s:suka2 saya lah nak tag sape pon kan..hahahaha..terima kasih untuk cik Farah Wahidah Sazali atas tag nye..

p/s:dok semangat wat tag jangan lupe amalinye same..go!go!=)

Isnin, 29 Jun 2009

.:ToLoNg SaYa bOLeH??:.



TOLONG INGATKAN SAYA..

andai saya terlupakan Tuhan,
dalam kelapangan dan kesibukan,
dalam kesenangan dan kesusahan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

jangan jadi anak derhaka,
ibu dan ayah jangan dilupa,
jangan lukai hati dan perasaan mereka.


TOLONG INGATKAN SAYA..

dengarlah dan bacalah Al-Qur'an
tika radio penuh hiburan,
tika televisyen penuh hindustan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

dimana silamnya zahirku,
jika aurat didedah disingkatkan,
diketat dan dijarangkan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

jadilah sahabat yang beriman,
sentiasa memberi peringatan,
sentiasa menerima teguran.


TOLONG INGATKAN SAYA..

kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
dalam memilih utamakan iman,
kelak perhubungan terhindar syaitan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

hidup ini satu kembara,
kutiplah mutiara dalam perjalanan,
moga di sana menjadi bekalan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

diri ini milik Yang Kuasa,
jiwa dan raga diserah segala,
Dia-lah tumpuan tak kira masa.

p/s: TOLONGLAH saya kawan2 dan semua yang mengenali diri ini..TOLONG ye??

p/s: sekali baca macam pentingkan diri sendiri je gayanya,dua kali baca bagus juga untuk diri dan kawan2 yang sering terlupa (sebab kita kan manusia),tiga kali baca jangan harap pada orang lain saje,diri sendiri pon kena gerak juga..kate dah RUHUL JADID!!ye dok??muahaha=p

Isnin, 25 Mei 2009

.:siApA TaHu:.


buat sahabat...semoga kau terus tabah..
kala relung hatinya bertangis sayu
senyumnya masih disitu
jiwanya terus menderu
bertapak gagah tak nampak lesu
bertatih pasak tak nampak kaku..
dalam dirinya siapa yang tahu?

kala dirinya tertunduk bisu..
tiada bicara di bibir berlagu..

sinar matanya tak pernah layu
biar ombak menghempas kalbu

dia utuh menahan bubu
mengharap kasih pada nan satu
dalam hatinya siapa yang tahu?

kala derita menghimpit jiwa..
temanku masih mampu bersenda
walau hati diteman hiba
dia masih mampu tertawa
walau runsing melanda dada

dia masih mampu rahsia
dalam sukmanya siapa yang tahu?

sahabat..
hidup umpama roda
ada derita ada gembira
jangan putus merafak doa
satu jalan yang kita pinta

cebis dosa yang kita tinta

hanya untuk yang maha Esa..

sahabat..
aku masih disini..
teguh berdiri terpasak di bumi

menanti kau datang membawa hati
bahuku tertadah untuk ditangisi
jariku terngadah untuk digenggami
tahukah kau bisik hati ini?
kiranya aku tahu dalam hatimu...

p/s:sahabat...i lurv u.
Powered By Blogger