Jumaat, 24 Julai 2009

.:LiHaT...dEnGaR...rAsAKaN...:.


Lihat..lihat..aku tertawa
senyum senang aku gembira
rias riang pada wajahnya
hati senang gundah tiada..

lihat..lihat..aku menangis
kata sinis aku menghiris
titis jernih membasah alis
aku terkedu dia menangis..

dengar..dengar..aku bicara
senda tawa disulam jenaka
jiwa tenang resah tiada
kau dan aku sama bahagia

dengar..dengar..aku membujuk
kotak marahmu telah kuketuk
bisakah aku terpa memeluk?
sedang hatimu parah tertusuk

rasa..rasa..damai di jiwa
kita bersama mengutip bunga
kuntum memekar di laman cinta
kau dan aku memadu asmara..

rasa..rasa..dendam kesumat
meratah hati hancur melumat
kau dan aku tak lagi sepakat
menyongsang arah,sejarah terpahat..

rakan,kawan,sahabat dan taulan
lihat ini aku selokakan
kisah diriku dan juga dirimu
dalam hidupku di bumi nan satu

jika esok aku tiada
ikatan ukhwah masih dirasa
jangan biar terpudar dek masa
tenggelam dalam lautan usia

dengar ini duhai sahabat
jalan kita jalan jihad
kasih kita telah terpahat
dalam hati tak terlihat

biar dipisah lautan gelora
rindu kita biar membara
tak terdengar tapi terasa
tak terlihat hangatnya berbisa..

p/s:entry sebelum pulang..saya nak cakap sebenarnya lihatlah,dengarlah dan rasakanlah yang saya amat menyayangi sahabat-sahabat saya- SOA dan semua..semoga kalian gembira selalu.jangan lupa saya ya..selamat tinggal(T_T)

8 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    my dear syg..kamu mmg penyajak yg hebat..
    sbab sye xmampu menafsirkan stiap kata2 di atas..
    tapi su nk hawa taw,thanx 4 being such a good friend..
    perjalanan yg penuh2 amat2 duri ini memerluakan tarbiyah dzatiyah yg kuat dalam diri dan kdg2 kter tertunduk lemah..
    ukhwah yg dipupuk mampu menguatkan perjalanan..
    su xtaw nk ckap pe but then,i luv the way u are..

    p/s=u`ve made me cry early in da morning..

    p/s 2 = we are SOA..ape2 jadi,we still have Allah..

    p/s 3=jumpe kamu di xplorasi du`at..

    p/s 4=sye syg anda!

    BalasPadam
  2. hawa2. jgn la berkata seperti itu [baca mcm singh citer usop tu k?] diriku sudah merindui dirimu~

    hawa2. turun la KL nnt. kite buat reunion ALL4 jom!

    hawa2. sy nk tiru style hawa tules sajak kat atas tp bule start ngn hawa2 je. hampagas btol. huhu

    hawa2. SOA tu ape?

    hawa2. rindu~

    BalasPadam
  3. miss susi
    tak perlulah kamu menafsirkannya
    cukup bagiku andai kamu sudi membacanya
    semoga tarbiyah dan ukjhwah yang kamu semua tanamkan dalam diri saya akan bermanfaat bagi seorang Hawa ini.amiiin...

    p/s:jangan menangis sayang

    p/s2:SOA selamanya..hehe

    p/s3:jumpa nanti bawa cheesecake tau.hehe

    p/s4:saya sayang anda juga!!rinduuuu~huuu

    BalasPadam
  4. aizaku yang comel...

    aiza2..diriku jua merindui dirimu.kamu jangan nakal2 tau kat sana.hehe

    aiza2..nanti kalau nak buat reunion bagitahu hawa tau.minta no telefon hawa pada mek sue ok.hehe

    aiza2..nampaknya saya yang tiru kamu punya sajak.haha

    aiza2..nak tau ke SOA tuu apa?tanya pada mek sue juga lah ok>hehe

    aiza2..saya rindu kamuu....huuu~

    balik malaysia nanti baik2 tau.jumpe nanti.

    BalasPadam
  5. sedih sokmo dio neh...chill la..ekeke. (maaf telah menabrak dewan bahasa dan pustaka bahasaku ini)

    BalasPadam
  6. pandainya dia berkata-kata,
    seindah budi secantik bahasa,
    melantunkan bicara,
    mengantikan suara...

    semoga diberi kekuatan untuk terus istiqamah di jalan yang lurus,
    tidak hanyut dibawa arus,
    amiiinnn...

    BalasPadam
  7. abang amad..
    mana ada hawa sedih sokmo..
    pernah namapak hawa sedih kah?
    rasanya macam dah selalu senyum..hmmm
    chill la weh!!hahaha

    BalasPadam
  8. dr radzi...
    saya berbicara tak nampak di mata
    tapi di hati mungkin terasa

    terima kasih atas bimbingan..
    moga terus lurus berjalan..(di jalan-Nya)
    amin~~

    BalasPadam

awak nak komen tak?silakanlah=)

Powered By Blogger