Isnin, 29 Jun 2009

.:ToLoNg SaYa bOLeH??:.



TOLONG INGATKAN SAYA..

andai saya terlupakan Tuhan,
dalam kelapangan dan kesibukan,
dalam kesenangan dan kesusahan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

jangan jadi anak derhaka,
ibu dan ayah jangan dilupa,
jangan lukai hati dan perasaan mereka.


TOLONG INGATKAN SAYA..

dengarlah dan bacalah Al-Qur'an
tika radio penuh hiburan,
tika televisyen penuh hindustan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

dimana silamnya zahirku,
jika aurat didedah disingkatkan,
diketat dan dijarangkan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

jadilah sahabat yang beriman,
sentiasa memberi peringatan,
sentiasa menerima teguran.


TOLONG INGATKAN SAYA..

kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
dalam memilih utamakan iman,
kelak perhubungan terhindar syaitan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

hidup ini satu kembara,
kutiplah mutiara dalam perjalanan,
moga di sana menjadi bekalan.


TOLONG INGATKAN SAYA..

diri ini milik Yang Kuasa,
jiwa dan raga diserah segala,
Dia-lah tumpuan tak kira masa.

p/s: TOLONGLAH saya kawan2 dan semua yang mengenali diri ini..TOLONG ye??

p/s: sekali baca macam pentingkan diri sendiri je gayanya,dua kali baca bagus juga untuk diri dan kawan2 yang sering terlupa (sebab kita kan manusia),tiga kali baca jangan harap pada orang lain saje,diri sendiri pon kena gerak juga..kate dah RUHUL JADID!!ye dok??muahaha=p

4 ulasan:

awak nak komen tak?silakanlah=)

Powered By Blogger