Isnin, 8 Jun 2009

.:seMbAh hAmBa,titAh bEtA:.

Sempena Sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-16,Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Bin Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah di Hotel Puri Khatulistiwa,Jatinagor,Indonesia pada 06 Jun 2009..semoga dipanjangkan umur tuanku..

"SEMBAH HAMBA,TITAH BETA"


Ampun tuanku beribu ampun..
sembah patik harap diampun..
Titah tuanku patik junjung
Perintah tuanku patik ulung
Rencah tuanku patik gulung..

Tersisip rapi keris pembela maruah bangsa
biar berhias darah jiwa nusa,
Biar berbingkai pasir tanah bangsa,
Biar bersarung kilau permata merdeka.

Tersemat rapi tenggolokan penjunjung semangat wira..
Biar tinggi buat sanjungan
Jangan rebah ditertawakan,
Biar atas dibuat sembahan
Jangan bawah dijijakkan..

Terpadan rapi kilau kuning persalinan raja
Biar silau di mata dan jiwa
Jangan kilau menyamar pura..
Biar segak disemat darjat
Bukan sandaran penunai hajat..

Tuanku yang disanjungi..
patik persembah bukan mengeji
Apatah lagi pinta dibenci
Patik penyair persembah budi
harap kasih tuanku yang sudi
Jangan dinilai petahnya bicara
Tapi cerminlah suara tertera

Ampun tuanku beribu-ribu ampun..
Sembah patik harap diampun..
Aliran sungai darah bangsawan
Yang tuanku tonjol dengan gaya rupawan
Yang tuanku semat dengan kuning kilauan
Yang tuanku hias dengan darjat kesempurnaan
Pada rakyat tuanku sajikan hemat keperwiraan
Pada nusa tuanku sajikan hemat kepercayaan
Pada bangsa tuanku sajikan hemat kesusilaan
Dan pada NEGARA tuanku sajikan hemat ketuanan..

Tuanku tonggak luhurnya perlembgaan
Malah sayap aulatnya perundangan
Juga paru tinggi tatasusilaan
Tuankulah wira nusa bangsa perawan
Jasamu takkan patik terlupakan
Terima kasih tuanku..

p/s:kawan2(terutama yang jauh di seberang laut)masih ingat tak yang 5 itu?
jom 'refresh' sama-sama..

RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Biar siapa anda,dimana anda,anda tetap rakyat Malaysia!!peace!!=)

p/s2:saya memang berjiwa patriotik!!haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

awak nak komen tak?silakanlah=)

Powered By Blogger