Jumaat, 29 Mei 2009

.:JaLaN YanG kiTa PiLiH:.


perlahan ku menapak pada satu daerah asing
toleh kanan..kiri..aku pusing
bertabur rindu resah dalam puing-puing..
dengar aku sedu sedan itu perlahan
angguk..geleng..aku hairan
bergugur daun dosa dari celahan dahan..

aku berjalan..
jatuh kubangun lagi
kuat ku lemah lagi
sakit ku tangis lagi
hilang kucari lagi
betul kusalah lagi..

kudabik dada penuh dosa..
memanggut tali penuh rasa

daerah ini gelap kotor
aku benci!!aku benci!!
mana duniaku yang tersohor?
mana kekasihku yang termasyhur?
aku sendiri..sendiri...

di hujung jalan terbit cahaya matahari sore..
ku kejar dalam lelah lemah
aku tak mahu lagi salah
daerah hatiku sudah bernanah
selaput dosa dari mana arah
harus aku pasrah atau berserah?

hanya aku yang tahu apa mahuku
namun kau juga tahu apa mahumu
sama merangkak kita menuju
biar aku disini dan engkau disitu
dua daerah dalam dunia satu
daerah hatimu jua hatiku
apa terpisah atau bersatu
milik abadi KAU dan AKU.....

2 ulasan:

  1. baik, baik.. saya akan cuba sedaya upaya menggunakan bahasa melayu dengan baik =p

    Walaupun saya sangat lemah dalam bab-bab puisi ini, namun bagai ada satu tusukan dari puisi ini yang membuatkan hati ini terkesan sehingga air mata tanpa sedar bergenang..

    Saya sentiasa disini menyokong anda Hawa!!

    p.s. im ur secret admirer!! oppss, tekantoi lak =p bkn songsang ok..haha

    BalasPadam
  2. salam Cik Bella Billa
    hahaha..terima kasih kerana telah berusaha bersungguh2 untuk menggunakan bahasa melayu yang baik.tahniah buat anda!!=)

    bukan senang kita nak buat orang faham apa yang kita nak sampaikan
    sedangkan kadang2 kita cakap bahasa melayu pasar pon orang tak faham2 kan3?huhuhu
    dan terima kasih kerana melawat sini
    semoga airmata yang bergenang tu membayar masa bella membaca puisi hawa yang tak seberapa ni..
    harap hawa ada tinggalkan manfaatnya..hehe

    terima ksih daun keladi(gatal taw daun keladi ni!haha)kerana menyokong Hawa!!anggre!anggre!

    p/s:oppps...diam2la sayang...hohohoho=p

    BalasPadam

awak nak komen tak?silakanlah=)

Powered By Blogger