Rabu, 29 April 2009

.:wArKaH unTuK HAWA:.


WARKAH BUAT HAWA...


HAWA ,
andai engkau masih remaja,
jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA,
andai engkau belum berkahwin,
janganlah kau risau jodohmu,
ingatlah janji tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu,
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan,
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA,
lelaki yang baik,
tidak melihat pada paras rupa,
lelaki yang soleh,
tidak memilih wanita melalui keayuannya,
lelaki yang warak,
tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik,
akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga,
tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya,
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang warak juga,
tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,
jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH,
yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu,
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik,
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,
cintailah ALLAH dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH,
cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..
TUNDUKKAN PANDANGANMU..

.:SeCeBiS RaHSIa hATi:.



Satu-persatu langkahku pacu..
Entah mana arah,,
Entah mana tuju
Teman jiwa resah gundah
Layang rindu saban waktu

Kucarimu dalam gelap telat
Kucarimu dalam hitam pekat
Tongkah arus datang melintang
Tepis badai datang bertandang
Hati tertombak panah terpincang
Tubuh melonglai deruku hilang..

Sayang Cuma..
Kini baru kusedari...
Permata intan tak akan sama dengan kaca
kilaunya terang mulus
Bingkainya nurani tulus
Sukmaku terpalit kabus

Entah bila dapat kumiliki
Kasih indah pari peri
Entah bila dapat kugapai
Cinta rindu sulam termeterai
Entah bila dapat kusanjungi
Suci qalbu bawa ke mati

Sayang Cuma..
Tlah jauh kutinggalkan daerah itu
Menapak arah tuju songsangku
Bertali kesal menombak dadaku
Aku rebah hilang arah
Tangis tagih pada yang kalih
Sembah dedah aku lelah..


Kapan tiba satu hari
Detik abadi seri terpateri
Aku dan kau mungkin disini
Mungkin jua kita terhenti
Teruskan deru jejakmu
Biarkan aku terpaku
Disini jiwa bersemi
Terkubur pada paksi insani

Tinggalkan daku..
Lupakan daku..
Kisah kita cebis cinta
Hilang jelang bawa pulang
Utuh butuh kita rapuh

Kita tak punya masa
Biar masa punya kita
Kita tak punya siapa
Biar siapa punya kita
Kita tak punya apa
Biar apa punya kita
Kita tak punya cinta
Kerna cinta milik Dia..


AKU,29 april 2009

.:rAnTiNg:.



BUKAN DI RANTING AKU BERPAUT
HANYA PADA DEDAUNAN AKU TERPAUT


TIKA SANG EMBUN TERGAING AKRAB

RANTING DEDAUNAN ITU TERSINGKAP
TAK SIAPA TAHU MAKSUD DI HIJAB
QADAR 'ARASYH BISA TERLUAP

KASIH YANG TAK LUNTUR
PADA PASRAH SURATAN TAKDIR

MENGASIHIMU SATU KEWAJIPAN
MANAKAN MUNGKIN NOKTAH PADA JAWAPAN
DEDAUNAN KEGUGURAN PENYuBUR POHON
BISAKAH CINTA PUDAR NAN TERAMPUN

LUKA DILUKAI PERMAINAN PERKASIHAN
AKU HANYA MAKHLUK TUHAN
YANG KEMBALI...PADA JALAN

Rabu, 8 April 2009

.:BicArA HaTi:.


BICARA HATI

Bicara hati pada janji
Bertatih langkah pada nafsi
Beronak ombak dan duri
Berpasang kasih pada tari..

Siapa cipta kita?
Mana cinta kita?
Apa rindu kita?
Berapa langkah kita

Jejak dendam bara
Intip tirai hiba
Orak sujud pada tuan
Sembah sukma pada tuhan

Kita masih jauh
Tatih belum utuh..
Harap picisan kasih
Mengemis di lereng fasikh

Kalau esok masih ada
Andai diri sudah tiada
Bila jiwa terus derita
Tinggal jasad tak bernyawa

Apa bisa kita tegar
Apa tinggal darah segar
Buat bukti pejuang sejati
Pada daerah tanah pati

Andai esok masih cerah
Apa bisa kita serah
Tangan lumpur kita tadah
Pinta cebis rahmat Allah

Bangkit umat jangan tewas
Atur tapakmu usah was-was
Takbir gema bakar semangat
Ketemu pada sebaik tempat..

Allahuakbar!!!

AKU...08 APRIL 09(12.00 a.m)

Selasa, 7 April 2009

.:hAti iNi:.



Hasrat hati..biar perasaan terkubur layu
Biar perasaan terdampar kaku
Biar perassan terhanyut laju
Biar perasaan Dia saja yang tahu...


Malu rasanya menghambakan diri pada cinta dusta
Cinta pada hamba
Sedangkan cinta pada Khaliq belum cukup kudamba..
Tertinta ia fitrah manusia..


Ya allah,,andai aku jatuh cinta
Cintakan lah aku pada hambamu yg mencintaimu
Agar beratmbah cintaku padamu..
Ya allah,,hanya kau yang maha tahu
Apa yang tersirat di sudut paling dalam hatiku,,,


Jika dia milikku,,,dekatkanlah hatiku dgn hatinya
Tapi andai die bkn milikku,,tabahkanlah hatiku untuk menerimanya

Ya allah…peliharalah dia ya allah
Dekatkan kami padamu ya allah
Kalau benar cinta dan rindu ini rahmatmu ya allah
Kau berikanlah kami petunjukmu ya allah
Sesungguhnya hati ini tidak kuat untuk mengusung rindu ini ya allah..


Ya rahman..janganlah kau jauhkan kami dari rahmatmu ya allah
Lindungilah kami,,peliharalah kami ya rahim,,
Berikan kami petunjukmu ya kabir..

Kau berikanlah aku kekuatan ats segala kehendak dan ketetapanmu
Ya allah kau berikan yang terbaik utk dirinya ya allah

Selamat tinggal cinta
Selamat tinggal rindu..
Semoga hati ni tabah menghadapi segalanya...
Usah kau tangisi
Usah kau cari lagi
Hati ini telah kubawa..jauh..
Biar ia derita
Biar ia tau erti sengsara
Biar ia gundah
Biar ia kenal erti keluh kesah
Terima ksh CINTA…….

.:BiSiK HaTi:.


Aku sendiri…
Sepi..
Telah..
Lelah..

Aku mencari..
sayu..
Rindu,,,
Pilu...

Sesak..lalak..
Mana hatimu..
Sukma rindu
Titik kalbu

Jauh..
Lena mata
Lepa minda
Sarat dada

Sudah..
Aku pasrah
Takdir allah
Nanah darah
Hati parah

Luluh..
Dingin subuh
Sujud tubuh
Relung kaluh

Kau..
Gaing senda
Gelak tawa
Mana jiwa
mana kata

sini..kini..
rahsia hati
katup kunci
terbang lari
kejar layang-layang
tinggal bayang-bayang….

AKU…07-APRIL 09(8.34 P.M)
Powered By Blogger