Jumaat, 29 Mei 2009

.:JaLaN YanG kiTa PiLiH:.


perlahan ku menapak pada satu daerah asing
toleh kanan..kiri..aku pusing
bertabur rindu resah dalam puing-puing..
dengar aku sedu sedan itu perlahan
angguk..geleng..aku hairan
bergugur daun dosa dari celahan dahan..

aku berjalan..
jatuh kubangun lagi
kuat ku lemah lagi
sakit ku tangis lagi
hilang kucari lagi
betul kusalah lagi..

kudabik dada penuh dosa..
memanggut tali penuh rasa

daerah ini gelap kotor
aku benci!!aku benci!!
mana duniaku yang tersohor?
mana kekasihku yang termasyhur?
aku sendiri..sendiri...

di hujung jalan terbit cahaya matahari sore..
ku kejar dalam lelah lemah
aku tak mahu lagi salah
daerah hatiku sudah bernanah
selaput dosa dari mana arah
harus aku pasrah atau berserah?

hanya aku yang tahu apa mahuku
namun kau juga tahu apa mahumu
sama merangkak kita menuju
biar aku disini dan engkau disitu
dua daerah dalam dunia satu
daerah hatimu jua hatiku
apa terpisah atau bersatu
milik abadi KAU dan AKU.....

Selasa, 26 Mei 2009

.:SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG:.


menjejaki 'pesakit' hari ini..bergelar sang pencinta...........muat turun data.................

profil sang pencinta.....ketemu!!..dibuka.......

nama:ISMAIL BIN HASHIM BIN MANSUR
tarikh lahir:27 MEI 1963
tempat lahir:sungai leman,Sekinchan,Selangor Darul Ehsan
tinggi:180cm
berat:80kg

ANAMNESIS..
keseluruhan fizikal:alhamdulillah sihat walafiat..masih kuat..
keseluruhan mental:alhamdulillah sihat walafiat..masih tepat..
keseluruhan spiritual:alhamdulillah sihat walafiat..masih semangat..

PEMERIKSAAN FIZIKAL
mata:masih memancar sinar indah kasih sayang dan cintanya
telinga:masih menadah keluh kesah omelan anaknya
hidung:masih menghidu gerak gemalai isterinya
tangan:masih utuh memikul bebanan tanggungjawabnya
kaki:masih teguh berpasak di bumi ciptaan-Nya
abdomen:masih seduh menjadi hamba yang taat pada-Nya

PEMERIKSAAN MAKMAL
jenis darah:O+
keterangan : darahnya masih panas mengalir di segenap inci ruang tubuhnya..bagaikan raksa yang memenuhi termometer..pekat..likat..terima kasih Allah atas nikmat kurniaanmu buat abah.

DIAGNOSIS
jenis penyakit:terlalu mencintai dan menyayangi zuriat dan isterinya

TANDA-TANDA PENYAKIT
1)masih mampu tersenyum saat kecewa masih belum habis terkulum
2)masih mampu ketawa saat hati bersalut duka
3)masih mampu bertegas saat diri mahu berkeras
4)masih mampu melawak saat jiwa memberontak kerna sikap anak
5)masih mampu menahan tangis saat qalbu berparut terguris

PROGNOSIS
bagus!!syukur alhamdulillah..

CADANGAN RAWATAN
1) serantai doa buat abah 5 kali sehari
2) seuntai "i love u abah" 1 kali sehari
3) sekalung penghargaan terima kasih buat abah dalam setiap nafas ini
4) sepenuh hati kasih dan cinta buat abah dalam setiap degup jantung ini
5) segulung ijazah buat abah itu yang kucari..



DOKTOR BERTUGAS,
ANAKMU..DR.SITI NUR ILLYYINNA BINTI ISMAIL
MD.UNIVERSITAS PADJADJARAN,BANDUNG,INDONESIA

Isnin, 25 Mei 2009

.:siApA TaHu:.


buat sahabat...semoga kau terus tabah..
kala relung hatinya bertangis sayu
senyumnya masih disitu
jiwanya terus menderu
bertapak gagah tak nampak lesu
bertatih pasak tak nampak kaku..
dalam dirinya siapa yang tahu?

kala dirinya tertunduk bisu..
tiada bicara di bibir berlagu..

sinar matanya tak pernah layu
biar ombak menghempas kalbu

dia utuh menahan bubu
mengharap kasih pada nan satu
dalam hatinya siapa yang tahu?

kala derita menghimpit jiwa..
temanku masih mampu bersenda
walau hati diteman hiba
dia masih mampu tertawa
walau runsing melanda dada

dia masih mampu rahsia
dalam sukmanya siapa yang tahu?

sahabat..
hidup umpama roda
ada derita ada gembira
jangan putus merafak doa
satu jalan yang kita pinta

cebis dosa yang kita tinta

hanya untuk yang maha Esa..

sahabat..
aku masih disini..
teguh berdiri terpasak di bumi

menanti kau datang membawa hati
bahuku tertadah untuk ditangisi
jariku terngadah untuk digenggami
tahukah kau bisik hati ini?
kiranya aku tahu dalam hatimu...

p/s:sahabat...i lurv u.

Sabtu, 16 Mei 2009

.:BiAr:.


jalan yang aku lalui..

penuh ranjau dan duri..

suka dan duka jiwa ini

entah siapa yang mengerti

kulalui pahit maung lorong insani..

biar..


zuhud hati bertelapak nafsu..

ranjang mata bertelanjang kaku..

panah kaki bertapak lesu..

aku buntu..terus buntu..

biar..


aku cari dan terus mencari..

ke kanan kupaling kiri..

ke dalam kuintai diri..

apa erti hidup ini??

aku tak mengerti..

biar..



basah bibir merafak zikir..

pincang minda tak mampu fikir..

buta jiwa kisah berakhir..

pada siapa aku bergelir?

untuk siapa cinta kuparkir?

biar..


kuteruskan langkahku..

biar kisah itu disitu..

aku malu..malu..malu..

siapa aku menghalang tentu-Mu?

aku terus pilu..buntu..sayu..

kutetapkan hatiku..jitu..

biarkan kisah itu terpaku..

aku tak mahu canang palu..

biar..


tatihku dalam lesu..

bahagiaku dalam pilu..

cintaku dalam palsu..

hidupku hanya satu..

biarku pacu arahku..

biarku deru jejakku..

tapi AKU perlu kamu...

tapi kau bukan untuk AKU..

biar..

Selasa, 12 Mei 2009

.:pErnAh tAk kiTa kAtA...:




cuba kita ingat suatu waktu dahulu...
bila kita menangis..
mama kata..
anakku...jangan begitu sayang..
air matamu bak mutiara...
kilaunya bercahaya..
jangan bazirkan ia..
mama tanya..
adakah mama selalu membuatmu memendam rasa?
tahu tak kita..
dalam hati mama turut berduka?
namun..bila mama menangis..
pernah tak kita kata macam mama kata?
pernah tak kita tanya macam mama tanya?
tapi tangis mama selalu diiring tawa..
tampak bahagia biarpun terluka..
betapa sayang mama pada kita..
pernah tak kita kata kita sayang mama?
pernah tak kita kata terima kasih pada mama?
bila kita gembira..
mama kata..
anakku...semoga hidupmu terus bahagia.
disulam seyum digaing tawa..
berpatah gundah tiada gulana..
mama tanya..
adakah mama selalu membuatmu ketawa?
tahu tak kita..
dalam hati mama bersyukur melahirkan kita..
namun..bila mama gembira..
pernah tak kita kata macam mama kata?
pernah tak kita tanya macam mama tanya?
siapa tahu mama tertawa dalam duka?
senyum menutup rahsia jiwa..
betapa sayang mama pada kita..
pernah tak kita kata kita sayang mama?
pernah tak kita kata terima kasih pada mama?
bila kita tertidur lena..
mama kata..
anakku...semoga kau menjalani hidup sempurna..
mama kucup dahi kita..
mama selimuti tubuh kita..
mama kemas peralatan kita..
mama tanya..
adakah kita sudah cukup bahagia?
tahu tak kita..
dalam hati mama sentiasa mendoakan kita?
namun..bila mama tertidur lena..
pernah tak kita kata macam mama kata?
pernah tak kita tanya macam mama tanya?
kita biar mama terlena..
berbantal lengan berselimut tiada..
betapa mama sayang pada kita..
pernah tak kita kata kita sayang mama?
pernah tak kita kata terima kasih pada mama?
bila kita mahu belajar..
mama kata..
anakku..semoga tercapai segala impianmu..
doa mama sentiasa bersamamu..
walau anakku jauh beribu batu
mama tanya..
sudah cukupkah peralatanmu?
tahu tak kita..
dalam hati mama selalu bimbangkan kita?
namun..bila mama mahu belajar
pernah tak kita kata macam mama kata?
pernah tak kita tanya macam mama tanya?
atau mungkin kita sendiri mempersenda..
kerna mama dah lanjut usia..
betapa sayang mama pada kita..
pernah tak kita kata kita sayang mama?
pernah tak kita kata terima kasih pada mama?
mama..
tak terkira doa tika sujudmu untukku..
tak terkira air mata syukurmu buatku..
tak terkira gundah jiwamu kernaku..
entah bila aku bisa membahagiakan..
entah bila aku bisa menyempurnakan..
entah bila aku bisa mentafsirkan..
rindumu buatku bukan mainan..
cintamu buatkubukan paksaan..
sayangmu buatku bukan gurauan..
mama..
ampuni anakmu ini mama..
yang ampuh mengundang marahmu..
yang ampuh mengundang tangismu..
biar kita jauh..
kasih kita tetap utuh..
biar kita dekat..
cinta kita tetap lekat..
doaku selalu buat mama..
semoga mama dirahmati-Nya..
p/s: along sayang,cinta,rindu,kasih sangat-sangat kat mama..
i lurv u mama..
p/s2: suatu hari mama tanya..''along tak bosan ke tiap-tiap hari cakap i lurv u kat mama?''
along kata..''mama x bosan ke tiap-tiap hari dengar cerita along pada mama?"
mama terdiam..tak bersuara..dua hati terkedu terkesima..
terdengar suara mama berbisik..dalam tawa yang terdengar sendunya..
"along kan anak mama..."
pecah tangisku dalam senda..dalam bisik aku bersuara..
"mama kan mama along.."
kawan-kawan..biar siapa wanita itu..
mama,umi,mak mahupun ibu..
mereka perlukan kita sepeti mana kita perlukan mereka..
sayangi mereka apa adanya..
cintai mereka selagi adanya..


Selasa, 5 Mei 2009

.:wAniTa yANg SatU iNi:.



Ketika wanita diciptakan,

ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Diciptakan bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;

namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan untuk bayinya lena."


"Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak

dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar

ketika orang-orang lain menyerah,

dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."


"Diberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,

bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Diberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya

dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui

bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,

tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya

untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."


"Dan akhirnya, diberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlahdari pakaian yang dikenakannya,

susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,

kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."

~setiap wanita adalah sangat cantik~

.:mAlAm BiDadAriii:.




malam hurul a'in 2009

penuh bintang...bulan..

menyinar gemerlapan..

terserlah keindahan..

terpamer keayuan..

terpateri kesantunan..

tercermin keanggunan..

terbias keunggulan..

senyuman menawan..

lirik kemanjaan..

langkah keyakinan..

lenggok perhiasan..

jilbab kesempurnaan..

tawa kesenangan..

tangis keredhaan..

cinta keimanan..
sayang kerinduan..

ukhwah terjalinan..
moga berpanjangan..
ketemu lagi tahun hadapan=)


seindah hiasan..
adalah wanita solehah...
titah hamba;-
syukran untuk semua saf-saf lailatul hurul ain..
semua juri professional dan juri awam..
semua yang hadir..
semua yang memberi sokongan fizikal dan mental..
semua yang mendoakan..
semua yang mendokong dan menyokong..
hanya Allah mampu membalasnya..
kepada Allah ku kembalikan segala urusan..




p/s:saya sayang rakan-rakan saya!!!
lurv u all..wish u all de bez
a lot of kisses n hugs..
-saf on d' stage '09-

Isnin, 4 Mei 2009

.:sUaRa JiWa AnAk GAZA!!:.



"JANGAN BIARKAN KAMI MATI KERNA ASAP PUTIH!!"


jeritan si kecil di lorong..fasih..


tagih simpati pada yang kalih..


siapa kerling mereka di celah??


siapa jeling istana yang rebah??


siapa saling saudara yang lemah??




"KAMI BUKAN PEMBAWA SENJATA!!"


mana doa buat mereka??


mana nurani perintih hiba??


mana suara pembela agama??


teriak si kecil berbaur siksa..


raung ratap pinta dicinta..




"KAMI HIDUP TERLANTAR!!"


apa pinta ledakan bombar??


apa pinta tubuh disasar??


apa pinta tak bisa belajar??


kami bukan boneka dasar..


bahkan bukan patungan kasar..




bantulah kami para muslimin..


bangkitlah kamu para mujahidin..


bantulah kami umat palestin..


pastikan hati kita berpadu..


mengorak langkah jalan yang satu


janji Allah pasti buatmu..




dengarlah rintih mereka..sayu..


renunglah wajah mereka..pilu..


ayuh teman pacukan jejakmu!!


ISLAM tetap agama yg SATU!!


Ahad, 3 Mei 2009

.:LidAh iNi:.

Lidah..

tajamnya tusuk membelah..

sekali terpanah hati terkesah..

jiwa bersalah dosa terkisah..


Lidah..

silaunya gerun mata pedang..

terkunci bibir pun ternampak bayang..

terkatup gigi pun terserlah garang..


Lidah..

bicara siang pandang-pandang..

bicara malam entang-entang..

sekali terluka pasti ada parutnya..

maaf dipinta tetap ada kesalnya..

ada penawar turut ada racunnya..


Saluti lidah kita..

biar hikmah penuh makna..

biar lembut penuh bahasa..

biar tertib petah bicara..

jangan sekali merobek hati..

jangan sekali mengundang benci..

jangan sekali mematah sendi diri..

.:AkU riNdU:.


Entah...

Di mana silapnya...

Ke mana perginya...

Jauh.......Tanpa jiwa derita...

Tinggalkan aku bersama...

Segumpal CINTA nista...





Entahlah...

Aku kosong...Kosong...

Dan kosong...Tiada jiwa...

Tiada jiwa berkata...

Nak ku bawa...Bersama suara...

Untuk mereka...Yang tersenyum ketawa...

Dan aku..

Tanpa rela...Tersenyum bersama...

Dan bersamanya...

Hati yang gulana...

Dan jiwa yang derita...





Entah...

Mungkin...

Semuanya bermusim...

Cintaku pada 'isim...

Hanya nama yang tiada berjisim...

Aku mengejar CINTA yang bermukim...

Pada satu daerah sunyi yang kukirim....





Entahlah....Ya Allah...

Do'a aku tika sujud...

Aku pasrah tanpa berkabut...

Aku redha suratan hudud...

Dugaan Mu pada 'ujud...

Agar kembali berpaut...

Agar kembali bersujud...

Pada zat yang zuhud...





Ya Allah...

Inginku kembali bertaut...

Inginkan jasad kembali berpaut...

Inginkan jasad sentiasa bersujud...

Menangisi kiasan hidup...

Pada hukum wujud...





Pegangan ku selama ini...

Pada fitrah nan nafsi...

Nafas dan hidup insani...

Langkah dan nyawaku disini...

Hanyalah pada Mu...Ya Rabb Ya Ilahi...





Aku rindu ....

Aku rindu ....

Aku rindu ....





Inginku kembali pada MU ...

Inginkan CINTA dari MU ...

aku hanya makhluk Tuhan



Yang kembali pada jalan...

credit to:MUHAMMAD SHUHAIMI BIN ZULKEFLI

.:Wajah Ayah:.


Ayah..

Susah..Payah..

Perit..Lelah..

Salah..Pasrah..


Dia utuh..kita butuh..

Kita jatuh..dia suluh..

Dia selak..kita lalak..

Kita gelak..dia ledak..


Cari cinta ayah,

Pohon rindu ibu,

Rayu pada allah,

Akhirat kan ketemu..
Powered By Blogger